JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ramadan ke 2 : Al Quran sahabat baik... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadan ke 2 : Al Quran sahabat baik... Papar semua catatan

Jumaat, 19 Jun 2015

RAMADAN DAY 02 : JOM TADARUS .. JADIKAN AL QURAN SAHABAT BAIK KITA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa..

Picture credit to "Owh So Muslim (OSM)"

Semalam balik dari kerja pukul 4.30pm tu, keluar jer kejalan besar terus jem melekat.. terensut-ensut jalan macam semut, ye lah semua orang nak balik berbuka dirumahkan.. selalunya smpi sekolah budak berdua ni dalam 15minit jer tapi semalam hampir 45minit baru sampai.. kemudian terus pergi ke Restoran Soto seksyen 8 tu, beli makanan utk berbuka puasa.. 
Seperti yg saya katakan di entri  INI, tahun ni saya akan buat perubahan.. Pertama :: yang mana saya tidak masak dirumah pada weekdays dan hanya masak pada hari cuti jer.. Mission kami anak beranak adalah utk khatam Al Quran dengan tafsirnya.. yang kedua kami akan pergi berbuka puasa di masjid dan terus tarawikh di masjid.
 Oleh kerana saya uzur pulak, jadi ambil mission yg pertama.. beli makanan dan masak nasi dirumah. Semalam sampai rumah dah dekat pukul 6pm.. Terus masak nasi dan anak-anak mandi, konon nak ajak mereka duduk bertadarus bersama, cuma kak Nabilah dan Jeeha jer yg larat.. Nabil dah terbaring, tak pa lah utk permulaan.. kami target nak baca 10 muka surat sehingga berbuka.. Alhamdulillah kakak berdua berjaya.. saya cuma dengar je lah.. tetap duduk bersama..
Semalam Nabil request nak nasi arab, oleh kerana kat restoran tu tak ada jual, saya kata boleh tak nasi berayani.. dia kata okey.. memang habislah dimakannya, oleh kerana kekenyang, dia tak ikut abah pergi solat tarawikh, selepas dia solat isyak terus dia tidur.. alahai penat sangat lah tu..
Masa saya jemput disekolah tu, nabil dah excited nak berbuka di masjid, tapi terpaksa tukar plan sebab mama tak boleh masuk masjid, jadi kena tunggu minggu depan lah nampaknya..


Kekawan buka apa semalam.. tentu kekawan juga ada mission utk ramadan tahun ini kan :)