Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa..
Picture credit to "Owh So Muslim (OSM)" |
Semalam balik dari kerja pukul 4.30pm tu, keluar jer kejalan besar terus jem melekat.. terensut-ensut jalan macam semut, ye lah semua orang nak balik berbuka dirumahkan.. selalunya smpi sekolah budak berdua ni dalam 15minit jer tapi semalam hampir 45minit baru sampai.. kemudian terus pergi ke Restoran Soto seksyen 8 tu, beli makanan utk berbuka puasa..
Seperti yg saya katakan di entri INI, tahun ni saya akan buat perubahan.. Pertama :: yang mana saya tidak masak dirumah pada weekdays dan hanya masak pada hari cuti jer.. Mission kami anak beranak adalah utk khatam Al Quran dengan tafsirnya.. yang kedua kami akan pergi berbuka puasa di masjid dan terus tarawikh di masjid.
Oleh kerana saya uzur pulak, jadi ambil mission yg pertama.. beli makanan dan masak nasi dirumah. Semalam sampai rumah dah dekat pukul 6pm.. Terus masak nasi dan anak-anak mandi, konon nak ajak mereka duduk bertadarus bersama, cuma kak Nabilah dan Jeeha jer yg larat.. Nabil dah terbaring, tak pa lah utk permulaan.. kami target nak baca 10 muka surat sehingga berbuka.. Alhamdulillah kakak berdua berjaya.. saya cuma dengar je lah.. tetap duduk bersama..
Semalam Nabil request nak nasi arab, oleh kerana kat restoran tu tak ada jual, saya kata boleh tak nasi berayani.. dia kata okey.. memang habislah dimakannya, oleh kerana kekenyang, dia tak ikut abah pergi solat tarawikh, selepas dia solat isyak terus dia tidur.. alahai penat sangat lah tu..
Masa saya jemput disekolah tu, nabil dah excited nak berbuka di masjid, tapi terpaksa tukar plan sebab mama tak boleh masuk masjid, jadi kena tunggu minggu depan lah nampaknya..
Kekawan buka apa semalam.. tentu kekawan juga ada mission utk ramadan tahun ini kan :)
semalam acik buka bubur je..yate.memang tiap tahun buka makn skit dulu..lepas terawikh baru makan bagi kenyang
BalasPadamok jgk tuh kak... tak pyh ssh2 buka kt masjid je kan... tak pyh pkr2 nk msk berbuka ke apa kan...
BalasPadammisi dana thn ni takmo membeli kt bzr ramadhan... kang membazir mata nih nk membeli mcm2... moga terlaksana mcm thn lps
pastu nk cuba perbanyakkan membaca alquran... hrpnyer tercapai
Nabil masih baru dlm pembelajaran Yati. Bagi dia peluang pelan-pelan.
BalasPadamAlhamdulillah kakak sebab semalam cuti jadi hampir ke juzuk 6. Tapi anak dara kakak biasalah Yati sekejap-sekejap mengantuk. Bila tengok tv ok pulak. Tapi biasanya mereka akan habis juga sebelum aidilfitri. Yg penting kita kena sama-sama buat dan kita kena lebih dari mereka.
Makan kakak kalau cuti masaklah tapi kalau kerja dari dulu memang kakak membeli aje Yati.
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi jumaat
bestnya ada xtvt cm nie
Misi saya tahun ni sama macam tahun lepas. Nak memasak dan tak mahu membeli di PARAM. Harapnya berjayalah. Tahun ni saya semput sikitlah sebab tak nampak anak bulan Ramadhan dari awal puasa. Dah tentu hujung nanti nampak anak bulan Syawal lebih awal daripada orang lain ~_^
BalasPadamIngatnya tahun ni pun nak solat tarawikh di rumah sebab Adik Cute ada, kecoh kalau ikut ke masjid. Nak juga tadarus sampai habis. Harapnya berjayalah sebab 'loop holes' banyak tahun ni. Nanti lepas raya, kenalah ganti cepat-cepat!
Mission sy nak khatam Quran jgk kak..terawih pun sendiri2 sbb en suami jauh kan..so uat sendiri di rumah..mudah2an berjaya...
BalasPadammakan sahur & berbuka ala kadar.... hihi
InnshaaAllah,akan berterawih di masjid sepjg bulan Ramadhan ni..kecuali time cuti' ler.Semoga diberikn kesihatan yg baik...Aamiin
BalasPadamSelamat berpuasa,CH :)
BalasPadamSelamat berpuasa kak Yati
BalasPadamsalam ramadhan..selamat berpuasa Yati..
BalasPadam