JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Raya2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya2016. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2016

Syawal Days 10 :: SEMOGA KITA TERUS ISTIQOMAH ATAS JALAN KETAATAN..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Muhasabah Diri...

Rumah terbuka kawan²/saudara mara lebih dari 10 buah rumah sehari boleh datang, jauh tidak jadi halangan, TETAPI rumah terbuka Allah (masjid/surau) 5 kali sahaja belum tentu boleh datang walaupun dekat.

Kalau tak pergi rumah terbuka kawan/saudara mara takut nanti mereka marah, TETAPI tak pernah fikir pula tentang marah Allah.

Bulan Ramadhan tiap-tiap hari boleh dtng surau dan masjid,bila dah raya batang hidung entah ke mana!

*YA ALLAH, KURNIAKANLAH ISTIQAMAH KEPADA KAMI DI ATAS JALAN KETAATAN.*

Sesungguhnya Ramadhan telah berakhir. Namun pelbagai amal soleh tetap kekal sepanjang tahun.

Apabila Ramadhan berakhir, mudah-mudahan amal soleh kita akan terus berkekalan sepanjang hidup kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Peringatan untuk kita semua :

1) *Peliharalah Solat Fardhu* agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjamaah di masjid atau surau.

2) Lazimilah *Solat Sunat Rawatib.*

3) Berusahalah untuk istiqamah mendirikan *Solat Sunat Witir.*

4) Sentiasalah berusaha untuk konsisten mengamalkan *Zikir Pagi dan Petang.*

5) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk *mendirikan qiyamullail.*

6) Teruskanlah memperbanyakkan *sedekah dan perasan belas ihsan* kepada insan-insan yang memerlukan.

7) Jangan lupa untuk melaksanakan *Puasa Sunat Enam Syawwal.*

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

_"Sesiapa yang telah menyempurnakan Puasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan Puasa Sunat Enam Syawwal, seolah-olah dia telah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang tahun"._

Hadith riwayat al-Imam Muslim rahimahullah.

*"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Mu sepanjang hayat*

Sumber : WhatsApp

Selasa, 12 Julai 2016

Syawal Days 7 :: Riang Ria RAYA PERTAMA.. Menumpang Kasih..

Assalamualaikum kekawan..
Salam lembaran aidilfitri.. semoga kita semua sentiasa didalam rahmat Ilahi jua dan dikurniakan kesihatan yg baik..

Marilah belanja gambar raya kami sekeluarga.. hehehe :)
Kita raya sedondon gitew..
Tengok nabil tak pakai songkok tu sebabnya songkok tertinggal kat rumah.. boleh dia bawa balik kotak kosong jer.. dia ingat adalah songkok dalam kotak.. tu lah tak periksa dulu kan..

Selepas balik menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri.. mula la episod bermaaf-maafan bersama FIL dan mak cik.. sedih juga saya.. tidak lagi dapat mengucup tangan arwah abah dan arwah mak dipagi raya.. walaupun sepatutnya saya beraya bersama mereka tahun ini.. namun begitu Allah lebih menyayangi mereka.. 
Jadi tahun ini saya menumpang kasih pada mertua pula..
Nampak sangat disitu menantu mithali hihihi..

Selepas tu bergambar satu famili dengan keluarga mertua, ipar duai..dorang tema biru.. kami tema kuning lah pulak..

Lupalah pulak nak ambil gambar salam bermaafan gambar kami sekeluarga.. semasa nabil memohon maaf kepada saya .. dia pun cakap.. "mama nabil minta maaf ye.. Bunga nasi kerabu mama yg hilang tu nabil yg buang.. lepas tu buku zikir hijau mama tu nabil yg sorokan.. lepas tu nabil makan gula2 masa puasa tapi satu hari jer nabil tak puasa.. " hohoho banyak rupanya salah ye..
" oklah lepas tu.... mama maaf kan Nabil, nanti jangan buat lagi tau"

Usai tu kami bergerak pula ke pusara .. mula-mula pergi pusara adik en suami di situ juga .. lepas tu terus pulang ke Kg Chohong untuk menziarahi pusara MIL.. diam tak diam dah 6 tahun MIL meninggalkan kami..
Semoga Allah mengampuni dosa mereka, merahmati mereka dan mengganti syurga sebagai tempat tinggal mereka. Aamiin..

Eeehhh bila tengok gambar ni.. macam terasa pengantin baru lah pulak.. ~__^


Jom rempit dihari raya hahahha..
Bila saya post gambar ni.. adik saya komen.. ini bukan Tragedi Oktober tetapi Tragedi Buah Epal hahahha..

Best weyhhh HAINOM rempit raya naik motor ni .. kasi peluk kuat2 hahaha.. hang raya lagi bestkan Nom..