JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 15 Julai 2016

Syawal Days 10 :: SEMOGA KITA TERUS ISTIQOMAH ATAS JALAN KETAATAN..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Muhasabah Diri...

Rumah terbuka kawan²/saudara mara lebih dari 10 buah rumah sehari boleh datang, jauh tidak jadi halangan, TETAPI rumah terbuka Allah (masjid/surau) 5 kali sahaja belum tentu boleh datang walaupun dekat.

Kalau tak pergi rumah terbuka kawan/saudara mara takut nanti mereka marah, TETAPI tak pernah fikir pula tentang marah Allah.

Bulan Ramadhan tiap-tiap hari boleh dtng surau dan masjid,bila dah raya batang hidung entah ke mana!

*YA ALLAH, KURNIAKANLAH ISTIQAMAH KEPADA KAMI DI ATAS JALAN KETAATAN.*

Sesungguhnya Ramadhan telah berakhir. Namun pelbagai amal soleh tetap kekal sepanjang tahun.

Apabila Ramadhan berakhir, mudah-mudahan amal soleh kita akan terus berkekalan sepanjang hidup kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Peringatan untuk kita semua :

1) *Peliharalah Solat Fardhu* agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjamaah di masjid atau surau.

2) Lazimilah *Solat Sunat Rawatib.*

3) Berusahalah untuk istiqamah mendirikan *Solat Sunat Witir.*

4) Sentiasalah berusaha untuk konsisten mengamalkan *Zikir Pagi dan Petang.*

5) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk *mendirikan qiyamullail.*

6) Teruskanlah memperbanyakkan *sedekah dan perasan belas ihsan* kepada insan-insan yang memerlukan.

7) Jangan lupa untuk melaksanakan *Puasa Sunat Enam Syawwal.*

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

_"Sesiapa yang telah menyempurnakan Puasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan Puasa Sunat Enam Syawwal, seolah-olah dia telah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang tahun"._

Hadith riwayat al-Imam Muslim rahimahullah.

*"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Mu sepanjang hayat*

Sumber : WhatsApp

9 ulasan:

  1. Peringatan ini berlegar-legar sekarang di kebanyakan whatsapp kan Yati. Mengingatkan kita betapa beribadah bukan hanya sebulan tapi biarlah istiqomah.. kadang kita ni lalai (kakaklah tu).

    BalasPadam
  2. PERINGATAN YG SGT BAIK...SALAM IDILFITRI YATI N FMLY MAAF ZAHR BATIN

    BalasPadam
  3. Semoga kita beristiqamah utk melakuknnya..

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas ingatan ni. moga2 kita istiqomah dgn perkara2 baik yg kita lakukan.

    BalasPadam
  5. ya betul tu.. kena continue rajin beribadat sama macam dalam Ramadhan.. ni nak mula culas ni =P

    BalasPadam
  6. Benar pulak katanya. Lepas Ramadhan hilang semua entah ke mana. Kosong balik masjid. Tapi suami saya kata masjid biasanya penuh berasak seminggu awal Ramadhan aje, lepas tu beransur-ansur kosong. Dah akhir-akhir tu tinggal orang tua aje, orang muda hilang semua ditelan bumi kot!

    Wah, ada orang buat entri Syawal day by daylah. Macamana nih...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)