JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Julai 2016

Syawal Days 7 :: Riang Ria RAYA PERTAMA.. Menumpang Kasih..

Assalamualaikum kekawan..
Salam lembaran aidilfitri.. semoga kita semua sentiasa didalam rahmat Ilahi jua dan dikurniakan kesihatan yg baik..

Marilah belanja gambar raya kami sekeluarga.. hehehe :)
Kita raya sedondon gitew..
Tengok nabil tak pakai songkok tu sebabnya songkok tertinggal kat rumah.. boleh dia bawa balik kotak kosong jer.. dia ingat adalah songkok dalam kotak.. tu lah tak periksa dulu kan..

Selepas balik menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri.. mula la episod bermaaf-maafan bersama FIL dan mak cik.. sedih juga saya.. tidak lagi dapat mengucup tangan arwah abah dan arwah mak dipagi raya.. walaupun sepatutnya saya beraya bersama mereka tahun ini.. namun begitu Allah lebih menyayangi mereka.. 
Jadi tahun ini saya menumpang kasih pada mertua pula..
Nampak sangat disitu menantu mithali hihihi..

Selepas tu bergambar satu famili dengan keluarga mertua, ipar duai..dorang tema biru.. kami tema kuning lah pulak..

Lupalah pulak nak ambil gambar salam bermaafan gambar kami sekeluarga.. semasa nabil memohon maaf kepada saya .. dia pun cakap.. "mama nabil minta maaf ye.. Bunga nasi kerabu mama yg hilang tu nabil yg buang.. lepas tu buku zikir hijau mama tu nabil yg sorokan.. lepas tu nabil makan gula2 masa puasa tapi satu hari jer nabil tak puasa.. " hohoho banyak rupanya salah ye..
" oklah lepas tu.... mama maaf kan Nabil, nanti jangan buat lagi tau"

Usai tu kami bergerak pula ke pusara .. mula-mula pergi pusara adik en suami di situ juga .. lepas tu terus pulang ke Kg Chohong untuk menziarahi pusara MIL.. diam tak diam dah 6 tahun MIL meninggalkan kami..
Semoga Allah mengampuni dosa mereka, merahmati mereka dan mengganti syurga sebagai tempat tinggal mereka. Aamiin..

Eeehhh bila tengok gambar ni.. macam terasa pengantin baru lah pulak.. ~__^


Jom rempit dihari raya hahahha..
Bila saya post gambar ni.. adik saya komen.. ini bukan Tragedi Oktober tetapi Tragedi Buah Epal hahahha..

Best weyhhh HAINOM rempit raya naik motor ni .. kasi peluk kuat2 hahaha.. hang raya lagi bestkan Nom.. 



23 ulasan:

  1. selamat hari raya kak..amboi rempit raya ye hehe

    BalasPadam
  2. samalah kita kak..menumpang kasih pada mentua je.

    syok tu rempit raya

    BalasPadam
  3. selamat hari raya...

    cute Nabil, bermaafan mcm iklan TNB..hihi..

    BalasPadam
  4. Singgah baca! Selamat Hari Raya
    Jemput singgah blog :)
    Latest post: Ulang cerita raya 2016 - raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html

    BalasPadam
  5. manis anak dara bertudung pink tu..:)

    BalasPadam
  6. Wah ayu2 gitu kak yati...selamat hari raya kak..tahun ni nmpk ramai yg pilih royal blue

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya sis dan famili. =)

    Gaya nabil minta maaf macam dalam iklan tu. Hehehe.

    BalasPadam
  8. Yatie,akak baru berkesempatan singgah ni....sibuk memanjang.Bukan kerana raya tapi urusan anak2.
    Nampak meriah juga hariraya yatie sekeluarga...suka akak tengok gambar2 tu terutama yatie dengan suami....sweet sangat.

    BalasPadam
  9. selamat hari raya jugak sis... :)

    BalasPadam
  10. selamat hari raya buat akak sekeluarga

    BalasPadam
  11. ceriaaa semuanya.. seronok =) salam aidilfitri..

    BalasPadam
  12. Sedondon cantik manis bergaya dihari raya...
    Meriah...πŸ˜„

    BalasPadam
  13. Assalam... selamat hari raya buat kak yati sekeluarga... cantik manis kak yati ni.. suka tengok...

    BalasPadam
  14. jelesnyaaa tgk akak merempit dihari raya tuuu...sweet sgt...

    BalasPadam
  15. nak tepung tawar pengantin lama tu boleh x? haha...

    kalau dah nama raya tu mmg x sah kalu x sedondon sedondeng kannn

    BalasPadam
  16. Wahhhhhhh.....ingatkan pasangan remaja mana tadi tau hihi....
    Bukan mainkan....naik motor bagai! Kg mak tak de motor weyh.... nak merempit mcm mana.
    Cantik baju ko Tie...lembut je warnanya.
    Tak pelah Tie, makcik ke, mertua ke, janji dpt menumpang kasih. Memanglah tak sama, tp sekurang kurangnya ada, jadiklah....

    BalasPadam
  17. haha suwit nyer akak oii gambo rempit tu.
    sgt suwit!!! aida like 1000000 kali :)

    BalasPadam
  18. amboiii, berdua-dua naik motor di pagi raya
    takpe kak, mertua tu pun umpama mak bapak kita

    saya thn ni langsung tak cium tgn mertua.

    BalasPadam
  19. Amboi, statement menumpang kasih tu yang tak tahan. Bukan main mithali menantu perempuan sorang ni yerk ^_^ Janji ada juga tempat nak menumpang kasih, CH daripada takda langsung!

    Nabil buat ucapan mohon maaf dah macam iklan TV pulak ~_^

    Nasib baiklah saya laki bini tak pandai merempit. Kalau ikutkan cemburu, nak juga tempek satu gambar merempit ala tragedi pagi raya macam ni tau!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)