JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 6 Mei 2014

Day 1 # Part 2 : DANAU TOBA... nyaman dan SEGAR suasananya...

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)
Hari ini saya nak sambung part 2 di pada hari pertama menuju ke Danau Toba.. klik sini untuk PART 1 bagi yg belum membaca entri itu. 



Sampai kami di Parapat iaitu nama kg bagi Danau Toba tu kami menunaikan solat jamak takhir di Masjid Raya Taqwa Parapat sebelum menuju ke Pulau Semosir iaitu pulau ditengah-tengah tasik itu.. keluasan pulau itu lebih luas dari Singapore itulah yg diceritakan oleh pemandu pelancong..


Inilah feri yg dikatakan untuk membawa kami ke Pulau Semosir itu, diambil dari masjid tu jer sebab dekat ajer dari masjid tu ke jeti.. saya lihat feri yg dikatakan tak ubah umpama bot kecil sahaja.. dalam bot itu boleh membawa lebih kurang 30 penumpang sahaja.

Inilah suasana didalam bot tu.. masing-masing asyik melihat pemandangan yg sungguh cantik itu.. subahanallah...

Perjalanan menaiki bot ini memakan masa satu jam.. jauh sungguh menyeberangnya .. lebih kurang kita menaiki feri ke Langkawi kan..



Oleh kerana dalam bot tu memakan masa 1 jam, maka kami pun berposing-posing lah diatas bot itu ehe :)

Disepanjang perjalanan menaiki bot tu kami dihiburkan oleh penyanyi jalanan ini... sudah tentu sehabis menyanyi .. dihulur bekas untuk menderma kepada mereka.. itulah anak2 di Indonesia kan.. Kami naik dua bot masa tu.. jadi anak2 ni menyanyi di bot kami sewaktu perjalanan balik.. tengok suasana senja.. 

Bot semakin dekat ke Pulau Semosir

Air tasik yg membiru umpama air laut.. berombak-ombak..

Ini pulau yg tiada penghuni..

Langit dan air tasik yang memukau mata yg melihatnya...

Okey sampai sini dulu ye.. nanti sambung lagi...



18 ulasan:

  1. Macam-macam cara mereka mencari rezeki demi kelangsungan hidup ye Yati. Meraih simpati pelancung.

    Pemandangan kalau melibatkan ciptaan Allah memang cantik..

    BalasPadam
  2. cantiknya ciptaan Allah... SubhanaAllah...

    BalasPadam
  3. cantiknya tengok air laut..tenang jer..

    BalasPadam
  4. Subhanallah....cantik sungguh ciptaan Allah ni kan kak...kalau kite ni x jelajah ke negeri org kt x tau betapa indah ciptaan Allah ni kan...

    BalasPadam
  5. Subhnallah mmg cantik pemandangan kat sana ye Kak... bila ntah nak kesana jugak..hehe.. anak2 Indonesia mmg pandai jadi pengamen (nyanyi dijalanan)....:)

    BalasPadam
  6. tengok gambar pun dah cantik yatie

    BalasPadam
  7. cantik viewnya tapi cam seriau plak naik bot tu dgn ombak2 beralun.

    BalasPadam
  8. Cantiknya pemandangan. Tenang aje rasa hati. Dah lama tak naik bot atau feri. Rasa macam seriau pulak tengok air berombak gitu.

    BalasPadam
  9. besar betul pulau semosir tu rupa rupanya..

    BalasPadam
  10. nak tau gak cerita seterusnya ^_^

    BalasPadam
  11. sama mcm yg lain nak tau selanjutnya

    BalasPadam
  12. mmg cantik...berposing tu benda wajib kena buat tu kak yati....mcm2 cara diaorg nak cari rezeki kan...kalau la anak kita buat macam ni...mesti kita rasa sedih....

    BalasPadam
  13. Perjalanan satu jam mesti tak terasa dengan pemandangan indah mcm tu. Cantik kak!
    Owh, sama masa dgn pengalaman kami menyeberang English Channel hari tu.. satu jam jugak :)

    BalasPadam
  14. 1 jam perjalanan .....kalau okje seram gak tu CH sebab utama sebab feri yg tak serupa feri...Ombak kuat tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujur ombak tak kuat hainom.. seram jugak feri serupa tu hihihi

      Padam
  15. Kakpb pernah pergi dulu, memang best. Masa tu belum kahwin lagi. Tidur disana, sejuk gila.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)