JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 27 Mac 2013

EMPING PADI MUDA ^___^

 Assalamualaikum kekawan semua... cuti sekolah ni mesti ramai yang ada rancangan perjalanan bercuti, sama ada ke tempat peranginan, tempat sejarah dan paling tidak pun balik kampung sendiri atau mertua kan :). Saya sekeluarga tak kemana cuti sekolah ni.... paling tidak pun balik rumah mak saya di kuang :)

Cerita emping ni pun dah lama pun... ini memenuhi permintaan kak nabilah... masa berhenti di bahu jalan semasa balik Melaka tempohari, kak Nabilah terpandanglah bungkusan emping ni... bertanyalah dia kepada saya.
 "Mama ini apa?"...
 "Ni emping padi muda" jawab saya
"Rasa dia macam mana" terus bertanya untuk mencari jawapan..
Berfikirlah saya macam mana nak jawab " Nanti kita beli, mama buat, kakak rasa" itulah jawapan yg keluar dari mulut saya.. tak tahu macam mana nak terangkan rasa emping ni... dulu masa kecik2 mak saya selalu buat emping ni.. memang sedap pada tekak saya.. ye lah sebagai kudapan sewaktu kecilkan :)


Emping Padi Muda
Saya buat di rumah mak di kuang, senang sikit nak cari bahan-bahannya... ini pun kakak dah sibuk bertanya bila nak buat... bila siap ajer kak nabilah orang yang tak sabar merasanya... suapan yg pertama... penuh tekun merasanya... "oh memang sedap mama" katanya... baru lah adik dua orang ingin merasanya... memang sedap pun bagi si Nabil sebab dia suka makan kelapa parut mentah tu...


Inilah bahan-bahannya kelapa parut , dan emping padi muda....


RESEPI EMPING PADI MUDA


Bahan-bahanya :

  • Satu bungkus emping padi muda
  • 1/2 biji kelapa parut (ambil yg putih ajer)
  • 4 sudu besar gula (tambah jika ingin manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
Caranya
  1. Basuh emping padi dan rendam dengan air panas lebih kurang 2 minit, lepas tu toskan bagi airnya kering.
  2. Sementara tu gaulkan garam, gula dan kelapa parut didalam mangkuk.
  3. Selepas tu masukkan emping padi tadi kedalam mangkuk yg digaul bahan diatas, gaul sehingga mesra.
  4. Boleh dihidang untuk dimakan. 

Saya buat ni waktu petang ahad, masa tu tengah tengok movie pukul 3pm di TV3... rasanya cerita Senario ... santai jer makan ni ... sedap juga buat kudapan.. tak sangka habis semangkuk...

14 ulasan:

  1. wah.. resepi tradisi ni.. lama xmakan.. :)

    BalasPadam
  2. saya pun tak pernah makan... tak tahu mcm mana rasanya... tapi nampak sgt sedap :)

    BalasPadam
  3. Suka gak mkn emping ni sbb MIL rajin buat gak :)

    BalasPadam
  4. rasa nya cam masa kecikjer rasa bendani... entahler dah lama tak nampak...

    BalasPadam
  5. Resepi tradisional ni kak..
    susah nak jumpa dah..kena buat sendiri lah klu nak makan kan?..ehehe..kena belajar buat ni...:)

    BalasPadam
  6. tak pernah makanlah pulak ... dah jadi macam kakak nabilahlah okje ni heheh

    BalasPadam
  7. QH pon xpenah mkn emping ni..ni resepi dulu2kn..suka idea akak mengetengahkn resepi tradisional ni

    BalasPadam
  8. akak pun suka mkn emping bergaul kelapa ni.. nak pula kalau kat kg senang nak dptkan kelapa kulit hijau... bertambah2 sedaplah kan... selain digaul kelapa mcm tu... ada orang ckp boleh dibuat bubur juga.. betul ke ye? akak tak pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  9. Mana nak beli? Hehe... Nak try tp xder empingnya haa...

    BalasPadam
  10. Mana nak beli? Hehe... Nak try tp xder empingnya haa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak beli di Melaka itu hari Faiz... gerai yg jual ditepi jalan tu... tak tahulah kat sini ada ke tak ehe :)

      Padam
  11. Sedap emping..memang suka sgt..tpi skrg susah nk jumpa..klu jumpa pn bnyak yg dh letak pewarna..

    BalasPadam
  12. Baru tahu kena rendam air panas...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)