JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Oktober 2014

BIG DAY ~ KHAIRIL ANUAR & HAMIDA ~ 24-25 OKTOBER 2014

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Pada 24-25 Oktober 2014 yg lalu kakak Ateh saya menghantar perkhawinan anaknya di Taman Perumahan Lima Kedai di Johor Baharu, Johor, beriye lah saya merancang utk menghantar bersama tapi apakan daya, saya hanya mampu merancang dan Allah jua merancang, oleh kerana kesihatan saya tidak mengizinkan maka saya tak dapat mengikut sama meraikan majlis perkahwinan ini. Sedih juga saya, gambar-gambar ini dari whatsapps yg adik beradik kirimkan..

Menunggu utk majlis pernikahan pada hari Jumaat selepas asar..



Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan lancar, pernikahan di buat dirumah pengantin perempuan..

Acara berinai pulak.. rupanya mereka menginaikan semua yg hadir dari keluarga lelaki juga.. beriye kakak saya dan anak buah perempuan berinai..

Hari Sabtu 25 Oktober 2014 pulak majlis persandingan yg diadakan didewan berdekatan dengan rumah pengantin perempuan tu..


Ceria dan gembira dimajlis persandingan itu.. :)

Kaum keluarga belah lelaki merenjis pengantin pula.. emak pun turut sama kesana..


Kakak Nabilah yg mewakili saya untuk menghantar abang Anuar nya kahwin di Johor tu.. balik rumah sakan bercerita dengan saya . 

Home stay yg disewa oleh Kak Ateh saya di sana, luas kata Nabilah, kak Ateh ambil dua buah rumah, pergi sana 6 buah kereta..


Malam tu selepas kenduri mereka pergi makan Sup Gear Box di restoran ZZ kata Nabilah.. sedap mama...

Hari Ahad tu sempat pula mereka singgah di Legoland.. Saya dulu merancang, kalau pergi menghantar kesini boleh hubungi blogger Kakzakie sebab rumah kakzakie dah dekat sini, tapi apakan daya belum rezeki nak berjumpa dengan kakzakie kan..

Itulah entri saya hari ini...






16 ulasan:

  1. akak tak sihat lagi ke...moga cepat sihat ye kak...tak pela...dah ada kakak nabilah jadi wakil tu.. : )

    BalasPadam
  2. ni kira anak sedara paling besar ke kak
    dah dapat menantu dah kakaknya =)

    saya pun ada perancangan nak ke johor tahun depan
    kak zakie pun antara orang yang saya teringin nak jumpa =)

    BalasPadam
  3. Selamat pengantin baru buat mereka dan semoga akak cpt sembuh.

    BalasPadam
  4. Kakak baru nak kata kalau dah samapai Lima Kedai mestilah boleh singgah di Legoland dan Hello Kitty Town ni Yati. Tapi apakan daya Yati belum betul-betul sihat ye... Mee rebus ZZ tu belakang hospital besar Yati, kira jauhlah sikit tapi Legoland tu memang dekat dgn Lima Kedai..

    Insya-Allah ada masa terluang dah ada sedara di JB ni kita boleh bertemu satu hari. Jaga diri moga sihat dan boleh bawa anak-anak sekali. Kakak nak tengok Nabil hihi..

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru. semoga akak cpt sihat ye.

    BalasPadam
  6. Selamat pengantin baru buat kedua2 mempelai.Semoga kekal sampai bila2.

    Semoga yatie cepat sembuh.

    BalasPadam
  7. saya asal johor tapi tak tau lak ada adat berinai cam tu ... selamat pengantin baru pd pengantin . semoga berbahagia till jannah .

    BalasPadam
  8. Get well soon sis... & selamat pengantin baru untuk kedua mempelai :D

    BalasPadam
  9. moga kekal bahagia hingga ke jannah.

    BalasPadam
  10. Semoga Yati cempat sembuh. Dan semoga mempelai kekal bahagia selamanya...

    BalasPadam
  11. Moga cepat sembuh.rajin2 mkn ubat, ya Yatie.

    BalasPadam
  12. selamat pengantin baru...utk kak yati semoga cepat semboh..

    BalasPadam
  13. Ni CH dah sembuh betul ke tidak ni? Macam terasa lama tak dengar cerita di sini walaupun ada juga beberapa entri yang saya tertinggal. Kalau dah sampai Johor tu haruslah rasa-rasa masakan Johor yang marbeles dan singgah di Legoland. Ya tak ya, rumah KakZakie dekat je dengan Legolandkan...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)