JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Oktober 2014

KELEBIHAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.... :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..

Saya kongsikan bersama dari whatapps group yg saya terima utk amalan kita bersama... semoga bermanfaat 





Whatsapp dari group lain: Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.
Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.


Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah 

13 ulasan:

  1. terima kasih kak atas perkongsian..imm copy ye..nak share dkat adik beradik imm pulak :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam...thx for sharing ..:-)

    BalasPadam
  3. Perkara mudah yg selalu terlepas pandang kan Yati.
    Moga boleh dimanfaatkan bersama.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh juga untuk yatie....

    BalasPadam
  5. terima kaish berkongsi maklumat ni kak
    saya akan praktikkan =)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum wbt,
    Tkasih d atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini. Akak mmg praktikkan tapi mungkin kurang menghayatinya. In sha Allah akan diperbaiki. Izinkan Kak paparkan perkongsian INI di blog akak pula ya, terima kasih.

    BalasPadam
  7. insyaAllah boleh diamalkan lepas ni

    BalasPadam
  8. Yelah....okje pernah baca pasal kelebihan salam ni .....kat mana tk ingat. Terima kasih mengingatkan yer CH

    BalasPadam
  9. Salam Jumaat...semoga sama2 kita manfaatkan...

    BalasPadam
  10. Sekali lagi macam deja-vu. Dah baca tentang ini tapi tak tahu di mana. Saya dah mula amalkan setelah baca kali pertama. Perkara senang tapi selalu tak terbuat :(

    BalasPadam
  11. Terima kasih kongsi info, in shaa Allah amalkan selalu.

    BalasPadam
  12. Ky pun dah mula amalkan sejak baca artikel beberapa bulan dulu. terimakasih yati kerana mengingatkan semula..

    BalasPadam
  13. Ada jgk terbaca tentang ni. Biasa jgk bg salam tp x pnh. Bila dh tau mmg kena buat la.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)