JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 23 Oktober 2014

RESEPI OTAK-OTAK IKAN TINGGIRI

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Kawan saya kat FB tu suka tayang resepi yg membuat saya terliur untuk membuatnya.. tapi saya dah lama tak kedapur.. kesihatan masih belum mengizinkan utk kedapur.. jadi saya save dulu resepi yg kawan saya tayang kan ni di blog saya ni dulu... esok2 bila dah sihat saya akan mencuba utk membuatnya..
Terima kasih pada penyumbang resepi ni dan gambar ni sekali..









RESEPI OTAK-OTAK IKAN TINGGIRI
Bahan2 nya
1 ekor ikan tenggiri segar (sederhana), boleh dipotong hiris atau di ambil isi nya.
Daun pisang secukup di potong 'rectangular' boleh gunakan aluminium foil sedikit.
Rempah2 kisar nya
10 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar (10 cili kering dan 4 cili api) ikut citarasa
1 inch lengkuas
1 inch kunyit hidup
2 batang serai
2 sudu besar udang kering di sanggai dahulu
Bahan2 di atas di kisar halus
Kastad nya
3 biji telur
3 sudu tepung beras
3 helai daun limau purut dipotong halus
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
200ml santan pekat (1 cawan)
Kelapa goreng (1 cawan)
Cara2nya
Sesudah dibersihkan ikannya, potong kepingan2 fillet atau di ambil isi2 nya, kerik dengan sudu kecil. Gaulkan ikan nya dengan rempah2 yang dikisar. Kemudian sediakan kastad nya dalam mangkuk, campurkan kelapa goreng, santan, tepung beras dan telur, gaulkan supaya sebati letakan garam dan gula secukup rasa. Kemudian gaulkan keduanya. Sediakan daun pisang dan aluminium foil. Letakan kepingan ikan nya di tengah2 daunnya dan letakan taburan daun kunyit diatasnya. Bungkus ikannya rapi2, balut dengan aluminium foil kalau boleh. Otak2 nya boleh di bakar dalam oven atau di kukus, ikut cita rasa masing2, sajikan dengan nasi panas2.

13 ulasan:

  1. tau makan jer otak-otak kak, tapi tak pernah buat dan tak tau buat... dari ikan apa pun tak tau...hik hik hik, balun jer...

    BalasPadam
  2. terliur pulak tengok... tapi ikan sangat la mahal sekarang, camner nak buat otak2 ni! kak rose pun cam Yati jugak la... simpan resepi dulu.

    Semuga Yati cepat sihat sepenuhnya, take care ya.

    BalasPadam
  3. sedapnya...makan panas2. buat sendiri mesti lebih puas hati

    BalasPadam
  4. wahhh!dh lama xmkn otak2..kena cari ni esok..xdpt buat mkn pn jd..hikhik..

    BalasPadam
  5. Ikan tenggiri ni kesukaan saya tapi tak pernah pulak buat otak-otak kat rumah. Dah lama pulak rasanya tak nampak CH main masak-masak tayang hasil. Takpalah simpan resepinya dulu, nanti dah sihat boleh tunjuk hasil tangan sendiri.

    BalasPadam
  6. Kakak tak pernah buat otak-otak tau Yati.
    Tengok macam cerewet pulak bila baca resepinya banyak juga bahan nak guna... patutlah sedap bila menikmatinya:)

    BalasPadam
  7. meeeow hahaha CT suka makan otak-otak juga. belum rajin nam buat hihi so beli sajalah..

    BalasPadam
  8. saya pun reti makan aje
    nak membuat cam malas...hehe

    BalasPadam
  9. besar juga otak-otak ni. .yang selalu dijual, nipis2 je, tak cukup makan satu keping..

    BalasPadam
  10. Falsya makan je kak..xreti nak wat..hehe

    BalasPadam
  11. Otak otak mmg faveret okje CH....sedapnya...... kalau buat sendiri sure puas kita makan ek...Tak sihat lagi ke CH?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)