Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 21 Oktober 2014

RESEPI CREAM PUFF ... emm dapnya..

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi hendaknya...
Saya dah lama teringin nak buat cream puff ni tapi belum kesampaian lagi.. tadi di FB kawan ada post kan resepi cream puff.. seperti biasa save dulu kat sini.. nanti bila ada masa boleh buat dan rujuk aje di blog sendiri kan ehe :)
Terima kasih pada yg mengirimkan resepi ni dan gambar ni pun saya ambil di FB juga .. 







RESEPI CREAM PUFF

Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
Bahan-bahan untuk filling (dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning
Cara-cara utk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu.
Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan
tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak
adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.
Kemudian padamkan api.Sejukkan
2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan
Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian
masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk
bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga
permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah
dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.
kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff
sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik
dengan sempurna.
5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia
kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah
berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak,
puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum
tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling

19 ulasan:

  1. sedapnyeee... yummy.. lapar plak tgknye..huhu

    BalasPadam
  2. Minggu lepas pergi kenduri kak zai makan cream puff, urmm..sedap.

    BalasPadam
  3. pernah cuba buat, tapi tak jadi... huhuhu

    BalasPadam
  4. Rajinnya Yati.... kalau saya buat mesti sampai separuh jalan dah surrender, plot resepinya nampak rumit bagi suami pemalas macam saya...hehehehe...

    BalasPadam
  5. Buat sendiri puas hati...byk jg dapat 35 biji..

    BalasPadam
  6. 'Kagumnya...nampak Kemas jerk....:)

    BalasPadam
  7. Laparrr...blum ada kekuatan nak try resepi ni, yatie.

    BalasPadam
  8. cantiknya.... dan yang pasti sedap! kakrose buat x pernah nya menjadi dengan elok, frust jer!

    BalasPadam
  9. Dah lama teringin nak buat cream puff ni CH cuma masa tak mengizinkan lagi....bila tah nak try nya

    BalasPadam
  10. Cantiklah Yati buat betul-betu macam yg di Season. Kakak selalu beli sebab kakak suka sangat cream-puff ni. Kakak nak cuba cara filling macam Yatilah lain kali sebab kakak biasa buat guna custard...

    BalasPadam
  11. saya teringin juga nak buat
    cuma peralatan tak mencukupi

    BalasPadam
  12. sedapnya kalau dapat ngap.. comel².. elok jer warnanya kuning gitu.. menarik perhatian..... sy kalau teringin beli jer.. x pernah buat kikikiki

    BalasPadam
  13. Ini pun lagi satu yang saya teringin nak buat tapi belum pernah buat. Saya suka cream puff tu. Hari tu beli kat MidValley, mahal betul harganya. Yang ni saya nak cubalah walaupun nampak macam rumit je.

    BalasPadam
  14. bestnyaa kalau pandai masak pandai baking.. buat apa pun menjadi.

    BalasPadam
  15. Pernah buat tp x jd. Akhirnya beli je setiap kali nak makan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)