JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 30 Julai 2017

BLENDED ORANGE CUP CAKE... emmm mudahnyaπŸ˜†

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat di hujung minggu..
Tengah buat apa tu 😊
Saya baru lepas sekodeng FB .. sekali melintas pulak kat wall buat kek mudah.. guna blender je.. kesukaan saya lah ni.. maleh sungguh nak keluarkan mixer tu hihihi...
Apa2 hal kita save kat sini dulu.. nanti kita buat ye.. bahan2 pun sikit jer ..πŸ˜†


BLENDED ORANGE CUPCAKE
===========================
Pemilik resepi: kak fida
Pemilik Video Resepi: Umijie Musa Narulhizam

Bahan :

1 biji buah limau(sy beli yg x de biji)
1 cawan minyak (sy guna myk jagung)
2 cawan gula halus (sy guna 1 1/2 cawan jer)
3 biji telur (sy pakai gred A)
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
2 sudu besar sunquick oren

Cara membuatnya :

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam bekas cupcake.
Bakar pada suhu 160C selama 20 min atau hingga masak.

Nota :
Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas cupcake sebab kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.

Sumber : Facebook

8 ulasan:

  1. WAH MPAK MUDAH BOLEH CUBA BUAT NNTI

    BalasPadam
  2. kene copy nih kak, dana pun sama mcm akak, suke yg ringkas2 pakai blender nih mmg sesuai...
    lagi2 pakai limau oren, perkkkkh msti semerbak harum bvau nya nih

    BalasPadam
  3. senangnya resepi. terbau2 dah bau limau yg sedap. nanti nak try insyaaAllah.

    BalasPadam
  4. Bab bab membaking ni kena tunggu mood rajin ...kalau tidak, kita beli ajelah haha.... Kat rumah ni kalau beli bukan ada sapa nak makan pun

    BalasPadam
  5. Selain nampak mudah
    nampak sedap juga.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)