Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Buat puding roti mable coklat nutella ni masa gi open house rumah adik ipar hari ahad tu.. tak kan nak datang berlenggang ajer kan.. jadi saya buat kan lah puding roti ni.. kebetulan roti ada lagi yg lagi sehari utk expired π elok dibuat kan kuih kan.. adik ipar kata sedap nanti boleh buat kan lagi ye.. π
Bahan2 nya cukup mudah kekawan .. dalam masa 15 minit siap .. tu yg boleh buat tu.. saya buat pukul 11am.. pastu masuk esbok.. dah keras puding tu.. boleh sangat lah kalau ada tetamu yg hendak datang berkunjung tu..
RESEPI PUDING ROTI MABLE NUTELLA.
Bahannya :-
* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 cawan susu cair
* 10grm agar-agar serbuk
* 3 cawan air
* 1 sudu besar majerin
* 1 cawan coklat nutella.
Caranya :-
1. Didihkan air 3 cawan tu. Kemudian masukkan agar-agar serbuk tu.
2. Kemudian kisarkan /blend roti, susu cair, susu pekat dan telur sehingga sebati halus.
3. Lepas tu tuang dalam bekas yg kita masak agar-agar tadi.
4. Kacau mesra jgn berketul dan masukan majerin tadi. Kacau lagi.
4. Kemudian asing kan jadi dua bekas. Ketepikan satu bekas. Kemudian yg bekas lagi satu masukkan coklat nutella. Kacau sehingga mesra.
5. Lepas tu sendukan yg warna putih ke dalam bekas loyang, kemudian sendukan pula bahan coklat kedalam bekas tu. Buat sehingga habis.. kena buat cepat sebab puding ni lekas keras.
6. Kemudian masukkan dalam peti ais.. selama sejam.. mkn sewaktu sejuk tu.. emmm dapnya πππ
wah puding nutela..sedap tu
BalasPadamAssalamualaikum Wrmbth
BalasPadamSalam pagi selasa
Wah puding nutella untuk makan bersama anak anak
Kalau beli kat luar mahal ni
Mau tak mahal
harga satu bekas nutella tu pu dah berapa kan
Buat sendiri puas hati
Makan sejuk sejuk masa cuaca panas
Memang terasa puding sejuk tu melalui salur ke perut tu
Hihi
sedapnya... kak rose pun baru buat untuk bawak g mengaji Kahfi hari jumaat tu... tapi guna cekelat biasa jer, x de nutella tu... hihi.
BalasPadamNutella ni, sedap tapi harga dia... huhu
BalasPadamCANTIK PUDINGNYA MESTILAH SEDAP TU
BalasPadamTak pernah buat puding roti mcm ni Ti..... Selalunya buat puding roti saja tak campur ngan agar agar....
BalasPadamDen punya roti tu pun ada yg dah nak expired.... Nampaknya kena memuding jugaklah ptg ni
wow..nak kena cuba ni kak..abg PAe tu suka sgt klu ada Nutella ni.. :)
BalasPadamsedap sebab guna Nutella choc. teringin nak buat.
BalasPadamsedap nya kak.... kalau dpt kt dana mkn lak time sejuk2
BalasPadamYums saya suka puding sejak dahulu kala..hehe
BalasPadamSedap ni. Dah la Nutella ni favourite saya :-)
BalasPadamDapnya! PH tak pernah makan puding roti. Kena try lah nanti.
BalasPadamBoleh cuba ni. jk malas nak kemari, nnt kita minta resepi melalui group k.. π
BalasPadamSedapnya akak....si yaya ni suka betul puding atau agar agar =)
BalasPadamKita nk save yea, resepi mudah2 ni kita suka, kalo yg susah2, kita nk buat pun susah, hihi
BalasPadamSimpan kat peti ais, dh sejuk baru makan.sedapnye.
BalasPadamWow lazatnye. Kompem sedap budak2 suka. Eh org dewasa pun suka juga ni
BalasPadam