JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 Julai 2017

LAKUKAN 10 PERKARA INI..

*🌹 10 PESANAN TERAKHIR IMAM AS SHAFIE SEBELUM MENINGGAL DUNIAπŸ‚*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. *Hak kepada diri*, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. *Hak kepada Malaikat maut*, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. *Hak kepada kubur* iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. *Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir,* iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. *Hak kepada Mizan*, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. *Hak kepada titian sirat,* iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. *Hak kepada Malaikat Malik,* iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. *Hak kepada Malaikat Ridwan,* penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. *Hak kepada Rasulullah s.a.w*., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. *Hak kepada ALLAH*, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan. _________________________

*“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah.*_

*Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi.........*

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...*_

_*Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan..*_

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

4 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)