Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. lagi sebulan lagi inshaAllah Ramadan akan menjelma.. bubur lambuk ni memang senonim lah dgn ramadan kan. .. tadi jejalan kat FB .. ada pulak kawan postkan resepi ni...
Apa lagi macam biasa save dulu disini.. kot-kot rajin boleh lah mencuba ..
Kalau tak rajin jom leh reramai beratur kat masjid yg mana ada buat bubur lambuk tu, kita ambil sebungkus ye hahaha..
CARA MEMBUAT BUBUR LAMBUK ALA KG BARU YANG MUDAH
Bahan-bahan
Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya
Cara-cara
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya
Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.
Kakak baru cadang nak buat bubur nasi hari ini Yati . Tapi bukan bubur lambuk. Kakak nak buat bubur biasa makan dgn kangkung goreng, telur masin dan lobak asin.
BalasPadamBubur lambuk tempat kakak ni kalau ramadhan tak putus tiap hari ada.
wahh..mmg sesuai ni kak..kat Sabah ni jarang ada bubur lambuk.. kena belajar sendiri jg klu nk mkan..boleh lah cuba nti..:)
BalasPadamKadang2 terpikir mengapa bubur lambuk cuma popular di bulan puasa? Bulan lain juga ada, tapi agak susah dicari di pasaran. Nasib baik Yati beri resepi, kalau ada rezeki boleh cuba nanti... Terima kasih Yati...
BalasPadamsy ni tak berapa suka bubur lambuk klu yg Jenis kuat n byk rempahnya..bubur
BalasPadamlambuk ni pun berbeza kan dari segi rasa n bahan..lain tenpat lain cara
Haah bila tgk bubur lambuk mst tngat ke bln pose...
BalasPadamSaya pilih beratur kat masjid minta sebungkuslah, CH :) Bubur lambuk ni saya biasa-biasa sahaja sukanya. Kalau betul-betul suka, memang kalau boleh hari-hari nak beratur depan masjid :)
BalasPadamTerima kasih tuan punya blog share resepi ni..saya dah buat dan memang menjadi. Husband dan anak2 pon suka. Cuma halba tu anak2 asing sebelum suap hihi. Izinkan saya share di blog saya yer. ayam-rebel.blogspot.com.
BalasPadam