JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Mei 2015

NASI ARAB AYAM MENDHI..... emmmm dapnyaaa kata Nabil

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Saya masak nasi arab ni masa cuti 1 Mei hari pekerja , Pes ni dah lama saya beli tapi tak juga saya buat. Jadi bila ada cuti panjang tu saya pun cubalah membuatnya. 

Saya guna "Pes Yemeni Mendhi" memang sedap dan mudah membuatnya kekawan, semasa saya masak tu aroma nasi arab tu membuat hidung nabil kembang kuncup.. sehingga terbangun dari tido, masa tu dia tertido di kusyen panjang semasa menonton TV, boleh terus kedapur bertanya kepada saya ,
"mama masak apa tu" 
"Mama cuba masak nasi arab ni, lunch kita Nasi Arab Ayam ni" jawab saya.
Lepas tu Nabil kedepan , sambil tu dia menegur kak jeeha yg sedang membuat homework maths tu, Boleh lah dia kata pada kakaknya "Best lah kita dapat mama macam ni, masak sedap utk kita" tergelak saya dengar dari dapur mendengar katanya pada kak jeeha tu..
Lepas tu Najeeha pun teruja sama dan terus ke dapur bertanya saya, bila boleh makan ni.. dah lapar perut ni.. 
saya kata "kejap lagi kita makan dah siap ni"
"oh mama nak ambil gambar dulu ye, nanti yg nasi love ni bagi najeeha ye" balasnya..
Hahhahaha nasib lah kalau mama ni dah blogger tegar kan..
Dalam pukul 12.30tghri kami bertiga beranak pun makan, sampai tiga kali nabil menambah nasi arab ni.. memang sedaplah pes yemeni ni..  saya beli dengan kawan ofis saya.. kalau kekawan nak boleh wasap Pn Paizah 011-18629886.. utk pes beras 1/2 kg RM17.00


Cara-cara Penyediaan Nasi :
  1. Basuh dan rendam beras selama 30 minit
  2. Masukan "Pes Yemeni Mendhi" kedalam air 700ml (utk beras 1/2kg)dan masakan hingga air mendidih.
  3. Masukan beras kedalam rice cooker kemudian masuk air didihan pes tadi. Kacau sekata.
  4. Saya masukan ayam bahagian tight dan dada kedalam nasi tadi untuk dimasak bersama.
  5. Biarkan nasi hingga masak, setelah nasi kering taburkan pewarna kuning.
  6. Tutup dan masakan selama 15 minit lagi dan siap utk dihidang
  7. Saya panggangkan ayam sekejap di dalam pemanggang ajaib selama 10 minit. Kemudian masukan semula kedalam rice cooker.


Penyediaan tomato sos :
  1. 5 biji tomato, 5 biji cili padi (saya rebus dulu sebab saya tak tahan makan cili mentah) 2 tangkai daun parsley/ketumbar dan 1/2 sudu kecil garam halus.
  2. Kisar tomato hingga hancur, kemudian masukan cili padi dan daun ketumbar, kisar sekejap.
  3. Siap utk dihidang


Penyediaan Sup :
  1. Hiris 3 biji bawang merah, 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, sedikit isi ayam atau leher dan kaki.
  2. Tumis bahan hirisan  dan rempah tiga sekawan hingga wangi, kemudian masukan air secukupnya bersama isi ayam. 
  3. Kemudian masukan sup bunjut, masakan hingga mendidih.
  4. Lepas tu rasa garam, dan siap utk dihidang.


22 ulasan:

  1. salam kak... sedapnya nasi arab. klu ada pes memang senang nak masak kan Kak..sini susah lah nak jumpa pes2... huhu.. klu ada pun mesti beli kat smnjg...:)

    BalasPadam
  2. siap berbentuk love kak yati oii..memang rajin menghias..suka tengok resepi kat blog akak tau

    BalasPadam
  3. mmg untung dapat Mama macam yatie ni...rajin masak...sedap plak tu...n kreatif lagi...siap ada bentuk love tu... :)

    BalasPadam
  4. hr tu sy pon beli pes nasi arab ni...mmg sedap kak...anak sy yg stahun tgh tu mkn smpai saparuh pinggan

    BalasPadam
  5. Kalau dah sampai buat bentuk love lagilah tambah selera tu Yati
    Sedangkan tak ber'love' pun licin apa lagi yg macam tu.
    Memanglah sedap:)

    BalasPadam
  6. betul lah kata nabil tu yatie...best mamanya rajin masak sedap camni...beruntung anak2 yatie.
    nasi arab memang sedap kan ,apa lagi mamanya yang buat dengan kasih sayang gitu.

    BalasPadam
  7. acik pun teruja jugak nak mencuba jadinya yatie..
    bila nabil 3 kali tambah memang sedap sangat tu

    BalasPadam
  8. penah beli utk masaka nasi arab sendiri kat umah..tapi dalam bentuk serbuk..yg ni bentuk paste..maybe lg sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.kalau berminat boleh dapatkan pes yemeni mendhi drpd saya.

      Padam
  9. dah lama tak makan nasi arab. nak ke kedai...mahal la. nak kena belajar buat sendiri juga kat rumah baru berbaloi makan sampai puas hati dengan kos

    BalasPadam
  10. K.Sham beli siap jer.
    Tak penah try buat sendri.
    Vit M terlebih-lebih byk..

    BalasPadam
  11. tgk gambar petang2 ni pun, saya dah terliur..terbayang harumnya bau nasi arab...:)

    BalasPadam
  12. Salam Perkenalan sis... Mmg sedap nasi arab ni... time bufday anak hr tu eija buat menu ns arab sebagai menu utama.. :) tapi xde sup.. buat ayam masak merah dan acar mentah ja.... Jemput Singgah Blog eija moga dapat merapatkan ukhuwwah di alam maya ;)

    #Follower 429

    BalasPadam
  13. Kalau saya yg makan agaknya bukan sekadar 3 kali tambah tapi 5 kali tambah....

    BalasPadam
  14. saya blm pernah try resepi ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berminat boleh dptkan pes yemeni mendhi daripada saya

      Padam
  15. Semalam saya dah baca separuh jalan lepas tu tengok dah time balik rumah. Terus tak jadi komen!

    Saya dah pernah buat SEKALI. Kalau dah resepi ada kat belakang tu, tak jadi juga tak tahulah nak kata apakan. Ni bila tengok nasi mendhi yang CH buat ni tetiba jerk datang rajinnya. Susah hati pulak saya ni bila rajin memasak. Hahaha!

    BalasPadam
  16. Tak pernah beli lagi rempah nasi Arab segera ni CH. Org kata sedap ....nantilah nak try jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan pes yemeni mendhi drpda saya

      Padam
  17. yg ni pon....nangis sy tgk...sedapnya....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)