JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Mei 2015

PAPRIK SOTONG MUNGE ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan berada dalam kemanisan iman hendaknya..


Semalam dan hari ini minggu yg sedikit sibuk buat saya.. tak banyak BW yg dapat saya lakukan.. So saya tayang lah paprik sotong bunga ni ye yang saya buat ahad, sebab Jumaat lalu yg kak nabilah balik rumah rumah. Nak cara2 potong sotong munge tu boleh tengok entri ini Cara nak buat sotong munge

Paprik ni sedap dimakan bersama nasi putih yg panas2 kan kekawan.. pastu regunya dengan telur goreng dadar campur bawang dan daun sup.. perghhh tu yg boleh menambah walaupun lauk simple jer.. saya ni kalau masak 2 dalam 1 , kat dalam tu semua dah ada sayur-sayuran.. jadi tak payah masak sayur lagi kan kekawan.. mudah sungguh kerja saya ni.. ehe :)

Jom intai resepi saya yang mudah ini ..

RESEPI PAPRIK SOTONG

Bahannya :-
  • 7-8 ekor sotong sederhana besar(potong ikut cita rasa anda)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 200 gm kobis bunga
  • sebiji tomato
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 5 biji cili padi ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/b kicap cair
  • 1 s/b cili kisar
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s/b kicap manis
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
  • 1 s/k tepung jagung
Caranya :-
  1. Tumis bahan tumbuk dan hiris sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukan cili kisar masak hingga wangi.
  3. Kemudian masukan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kacau sebentar.
  4. Selepas itu masukan 1 cawan  air , kemudian masukan pula kobis bunga dan lobak merah.Apabila sayuran agak masak baru masukan sotong, kerana sotong tak boleh masak lama nanti liat.
  5. Kemudian masukan daun limau purut dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali bancuh tepung jagung bersama sedikit air, kemudian masukan kedalam masakan tadi utk memekat kuahnya. Biarkan hingga mendidih sekejap.
  7. Siap utk dihidang :)



18 ulasan:

  1. Sotong feveret saya. Lagi2 msk paprik ni. Brtmbah la sedap..nyum

    BalasPadam
  2. singgah pagi...
    comey je sotong tuh...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum :)
    singgah pagi

    BalasPadam
  4. sotong munge pasti sedap dimakan..hehehe

    BalasPadam
  5. alahai kak, cute sgt berbunga2..sayang nak makan!

    BalasPadam
  6. Baru pukul 10 pagi ni, CH tapi perut saya dah berkeroncong tengok paprik sotong munge ni. Lagi 2 jam lebih baru dapat makan. Haruslah nak pekena sotong pulak. Tak dapat paprik pun takpalah!

    BalasPadam
  7. berselera jer nak makan tgk paprik munge2 tuh :)

    BalasPadam
  8. wahh! rajinnya buat bentuk bunga sotong-sotong tu.. memang memikat selera gini.. :))

    BalasPadam
  9. cantik berseni nya sotong di buat camtu...
    boleh buat makanan diet ni...hihih

    BalasPadam
  10. wahhh cantik tu kak yatie...bersemangat je nk makan...tak pun x sampai ati nk makan...hehehe

    BalasPadam
  11. rajin sungguh yatie buat bunga2 pd sotong tu,..tengok cantek nya pun dah kenyang....
    kakak pun dah lama tak beli sotong ,anak kakak ada alahan...tak dapatlah kakak nak buat resepi yatie ni.

    BalasPadam
  12. Kakak tak ada masa nak buat bebunga macam tu Yati
    Potong bulat pun licin haha...

    BalasPadam
  13. tu dia tahap kerajinan kak yatie..sotong munge dia tak tinggal

    BalasPadam
  14. Nampak sedap dan cantik. Rajinnya kak yati. Kalau saya, nak berbunga2 tu kena cari extra kerajinan..

    BalasPadam
  15. Tak pernah lagi buat sotong mcm munge. Nanti nak trylah. Awak mmg faveretkan CH buat sotong bentuk munge ni hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)