JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 24 Mei 2015

PAU GEBUS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya ..
Selamat bercuti dihujung minggu.. dah sarapan ke ?
Jom cuba pau gebu ni.. saya tengok pun naik geram.. hasil sekodeng FB lah ni.. apa-apa hal kita save sini dulu ye :)




Bhn A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering brand mauripan
2 sdb gula pasir
(Satukan semua dlm satu bekas kacau dan biarkan berbuih. . 5- 6 minit lebih kurang)
Bhn B
4 1/2 cawan tepung gandum (bleh juga guna tpg pau)
3 sdb marjerin(nak guna shortening pun boleh)
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh)
(Satukan semua bahan B.. gaul hingga jadi serbuk)
Bhn lain
Beberapa helai kertas atau plastik yg dipotong 4 segi atau bulat..(untuk lapik pau)
Inti kesukaan
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B.. gaul rata dan uli sebati selama 8-10mnt.. kemudian peram adunan dlm bekas bertutup (jika dlm besen tutup dgn tutup periuk) selama 15 minit.. sy peram kt bawah cahaya matahari.. (malas nk tunggu doh naik hihihi)
Uli semula. . . bulat2kan. .ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas.. peram 15minit..
Sementara tunggu pau naik.. panaskan air kukusan hgg mendidih. .
Bila pau da naik(da cukup 15mnt) kukus selama 7 minit.. guna api besar..
Tips= Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah tutup kukusan..

6 ulasan:

  1. Nampak gebu sungguh dalam gambar, rasa macam nak telan bulat-bulat!!

    BalasPadam
  2. Seumur hidup lum pernah try buat pau CH.....tp makan mmg suka hihi..... senang je ek buatnya

    BalasPadam
  3. Aduhai, gebunya pau ni. Serius terpesona a.k.a terliur ^_^ Tapi yang ini kalau nak cuba resepinya entah bilalah agaknya baru saya buat, CH...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)