JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 Mei 2015

KARI AYAM AROMA SERAI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..

Sudah lama saya tak masak kari ayam.. jadi hari khamis lepas utk berbuka puasa saya, saya pun masaklah kari ayam, kali ni saya mencuba kari ayam aroma serai, yang mana saya kisar serai bersama-sama yg lain utk ditumis. Ternyata memang sedap kekawan.. bila kita nak tahu sedapnya masakan tu , bila en suami mula menambah nasi ke pinggan 2 3 kali kan ehehe :)
Jom kita tengok resepi.. dalam minggu ni saya agak sibuk, maaf ye jika saya tak sempat BW kekawan.. inshaAllah saya akan terjah juga blog anda semua :)

RESEPI KARI AYAM AROMA SERAI

Bahannya :-
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil (ini utk mkn 5 orang je ikut keluarga kami :)
  • 3 biji kentang belah 4
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 s/b rempah kari daging
  • 1 s/b rempah kurma
  • 1 cwn santan pekat
  • 3 cwn santan cair
  • Garam secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai dipotong kecil
Bahan tumis
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tangkai daun kari
Caranya :-
  1. Tumiskan bahan-bahan tumis dan masukan cili kisar, kemudian gaulkan rempah kari serta kurma bersama bahan2 kisar ,tumiskan bersama sehingga terbit minyak.
  2. Masukan ayam dan kentang dan santan cair biarkan masak hingga kentang empuk.
  3. Masukan asam gelugor, serai dititik tadi dan garam serta santan pekat.
  4. Rasa garamnya dan masamnya. jika secukup rasa boleh ditutup apinya.
  5. Siap utk dihidang.

18 ulasan:

  1. salam kak...
    nyumm sedapnya ye kak.. mesti bau serai tu lagi membangkitkan selera nak makan..

    BalasPadam
  2. kari ayam nie....cicah ngan roti cam gitu pun sedap jugak kan

    BalasPadam
  3. SA akan makan bertambah kalau ada kari ayam...sedap....

    BalasPadam
  4. kaknor punya kari mmg selalu mesin serai dan lengkuas yatie baru bertmbah wangi disamping sedapp

    BalasPadam
  5. menarik! kalau gulai baru kami letak serai biasanya.. nanti boleh cuba..

    BalasPadam
  6. boleh lah kakak cuba cara ni ...selalunya titik je serainya...tentu lebih beraroma

    BalasPadam
  7. Tak pernah masak kari letak serai...boleh cuba ni,,,


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Yati,
    K.Sham pun ada masa kalau masak kari lagi suka guna serai dari daun kari.
    Especially kalau buat kuah roti jala atau kuah mi kari.
    Rasa macam kurang sikit rasa muak tu.

    BalasPadam
  9. Ohhh buh sekali rempah kurma yer CH....okje tak pernah try lagi ni buh rempah kurma ni....bolehlah gak test nanti...

    Kalau dah cik abang bertambah nasi cenggitu confirm mmg sedap tu

    BalasPadam
  10. Sama macam okje..tak pernah bubuh rempah kurma..boleh ya kaween-kawen kan camtu hi hi..

    BalasPadam
  11. Comfirm sedap.. Lama jugak tak masak kari ntah masih ummphh lagi ke tak la kari eija hihi

    BalasPadam
  12. Nanti bulan puasa boleh cuba....

    BalasPadam
  13. Comfirm sedap.. Lama jugak tak masak kari ntah masih ummphh lagi ke tak la kari eija hihi

    BalasPadam
  14. Comfirm sedap.. Lama jugak tak masak kari ntah masih ummphh lagi ke tak la kari eija hihi

    BalasPadam
  15. Kari ayam ni saya suka. Suami suka. Mak mertua pun suka ~_^ Tapi itulah anak-anak saya tak berapa nak suka pulak. Kalau kita masak syok sendiri, memang kitalah tanggung nasib menghabiskan segala masakan yang ada. Tak ubah macam DBKL pulak *_*

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)