Masalah
Saya Bukan Mereka
Seorang pemandu teksi
kelihatan sugul. Dia meletakkan teksinya di bahu jalan. Sudah lumrah keretanya
yang sudah berusia 10 tahun itu asyik rosak itu dan ini.
Si pemandu teksi menelefon mekanik. Mekanik tiba dan memeriksa kerosakan keretanya. Keretanya terpaksa ditarik ke bengkel. Ada kerosakan serius dan memerlukan kos membaiki yang agak tinggi. Pemandu teksi mengeluh. Nampaknya wang simpanan untuk perbelanjaan anak-anak pula terpaksa dikorbankan.

Pembantu mekanik menawarkan
diri menghantar pemandu teksi pulang.
Sepanjang perjalanan, si pemuda melihat pemandu teksi berdiam diri seribu bahasa. Wajahnya muram, pastinya memikirkan masalah yang dihadapinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah, pemandu teksi mengajak si pemuda singgah di rumahnya. Sebelum memasuki rumahnya pemuda itu melihat si pemandu teksi menyentuh dahan pokok di halaman rumahnya.

Setelah memberi salam,
mereka pun masuk. Wajah sungul si pemandu tiba-tiba berubah. Kini dia tersenyum
manis. Huluran tangan isteri dan anak-anak disambut penuh gembira. Kemudian,
mereka makan bersama tetamu dengan gembira.
Pembantu mekanik meminta
diri. Dalam hatinya, dia mengagumi sikap ceria pemandu teksi tersebut ketika
bersama keluarga.
"Apa yang encik buat di halaman rumah tadi? seolah-olah mengusap dahan pokok." pembantu mekanik bertanya sebaik mereka diluar.
"Oh, saya gantungkan seketika masalah dan beban kerja di dahan pokok itu.. Apabila saya keluar esok pagi,saya akan kutip semula. Saya tidak mahu membawa masalah masuk ke dalam rumah."

Sumber : Solusi
Betul tu..tp agak susah jugak untuk jd mcm pemandu teksi nih..
BalasPadamBetul tu...seelok2nya hal kerja jgn dibwk blk ke rumah..sbb nnt org lain yg jd mangsa tekanan kita tu.. :D
BalasPadamsimple & short story tp boleh 'membuka' hati & minda kita. Thanks for sharing k.yatie.
BalasPadamterima kasih kerana mengingatkan...
BalasPadamwahhhhh...sgt tersentuh...good info
BalasPadam