Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 24 April 2013

WW : Jom Isi Jawatan Kosong Ini..... Ganjarannya lumayannnnnn ^___^


Saya selalu tunggu kak Jeeha tamat sekolah di surau ni... pastu Nabil terpandang banner ni... saya pun ambil gambar dia dgn banner tu... sebelum ni saya baca di FB... sekarang saya baca realiti :D

Jom kekawan kita penuhi jawatan kosong ini sebelum tarikh tutup tu :D

Selasa, 23 April 2013

Doakan kami cepat sembuh....

Semalam saya dah mula demam, badan sendi semua sakit2, pergi klinik doktor kata panas sungguh 38.7 suhu saya, doktor kasi MC dua hari...

Tengah saya berehat tidur, cikgu tadika nabil telefon, kata nabil demam, bergegas saya kesana dgn keadaan saya yang pening ni, tapi dayakan jugak... saya bawa klinik, lagi panas badan nabil, 39.4, doktor bagi ubat ikut punggung untuk kurangkan panas dia...

Petang tadi dlm pukul 3pm, cikgu Najeeha pulak telefon, kata najeeha demam, sekali lagi saya bergegas kesekolah jemput najeeha dan terus keklinik ajawa, pun panas kata doktor, 39.1 suhunya , balik umah terus bagi makan nasi dan ubat terus tidur...

Doakan kami cepat sembuh ye kawan2....

Isnin, 22 April 2013

Jom Buat Ais Krim Goreng .... yummy ^____^

Ini idea kak Nabilah pulak.... "Mama apa kata kita cuba ais krim goreng... ais krim durian yang kita buat tu ada lagi.... " 

"Ye tak iye kakak, meh kita cuba pulak " saya meng iyekan idea kakak tu...

Kebetulan saya ada beli roti untuk sarapan mereka esok pagi, jadi saya ambil lah 12 keping, kebetulan beli yg besar punya roti...

So, bermulalah projek kami dua beranak ni... sebelum ni buat ais krim durian dengan kak Jeeha... (ceritanya disini Ais Krem Durian) sekarang buat Ais Krim Goreng dengan kak Nabilah pulak :)

Ais krim goreng :)


Terbaeeekkk Mama Yummy  :D
Model mama yang sentiasa hendak
rasa dahulu... pastu tak cukup dua
pulak tu nak lagi, dahlah dapat
6 keping jer :)

Meh meh meh kita tengok step by step cam mana nak buat ais krim goreng ni...


Mula-mula ambil sekeping roti, lepas tu letak ais krim durian
di tengah roti tu ..

Lepas tu ambil pula sekeping roti lain, letak diatas roti
yang telah diletak durian tu ...

Kemudian ambil cawan plastik tekan ditengah-tengahnya
nanti dia jadi bentuk bulat lah...

Tada... macam ni, lepas tu picit-picit di sekeliling tepi roti
tadi supaya dia melekat.... (ini kak Nabilah punya part)

Lepas tu masukan dalam plastik
Simpan dalam peti ais selama 4 jam ( saya masak esok harinya)

Panaskan minyak sebenar-benar panas tau... suam-suam kuku
tak boleh hehehe

Lepas tu tutup api dapur, kemudian masuk roti ais krim tu

Tada .... dah siap digoreng....

Kakak Nabilah yang gembira dengan
hasil kerjanya... Ais Krim Goreng ... Yummy

Khamis, 18 April 2013

HOMEMADE AIS KREM DURIAN ~ YUMMY ^___^

Lihat durian ada lagi.... teringin pulak utk mencuba utk membuat ais krem sendiri... apalagi google dan jumpa resepi yg mudah dari My Resepi.... Bila saya kata nak buat ais krem durian .... melompat mereka mendengarnya... gembira sangatlah  mereka tu...

Ais Krem Durian ... Yummy
Kak Jeeha rasa dulu sebab dia yg banyak bantu mama, masa tu Kak Nabilah dengan sibuk siapkan kerja sekolah dia kat atas... kita orang berdua buat projek Ais Krem Durian dibawah :D

"Terbaekkk lah mama " kata Kak Jeeha :D
Nampak tak kat tepi tu dah kena keruk sikit ini gara-gara Nabil tak sabar nak tunggu Ais Krem tu keras... jadi terpaksa saya korek sikit tempat yg dah keras tu...
Cantekk pulak kuning ais krem durian tu
Saya guna durian isi kunig ni... tu yg ais krem tu nampak real kuning durian... tiga sekawan...


Jom kita tengok macam mana nak buat :) Saya guna mixer dan blander... mula saya masuk semua bahan dalam mixer dan isi durian saya bland dulu bagi hancur...


Perghhh punya banyak isi durian... yelah buat sendiri dan makan sendiri... kalau jual mau bankrap taukeh ais krem sebab cari stok durian kih kih kih....


Semangkuk kecil jer... isi durian..
 Lepas kita bland isi durian tu, masukan dalam mixer tu untuk dikacau bersama-sama bahan-bahan lain....bila dah nampak gebu tu masukan dalam bekas tupperware yg kedap udara tu... kemudian masukan dalam peti ais.... 
Ini belum beku lagi
Saya ada adjus sikit resepi ni ikut cita rasa saya dan anak-anak.... meh kita semak resepi :D


RESEPI AIS KREM DURIAN







Bahan-bahan :-
  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu besar gula (saya letak sikit jer sebab durian dah manis)
  • 250 g isi durian (kisar dgn 1/2 cawan air)

Cara-caranya : 


  1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
  2. Simpan didalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam peti sejuk.
  3. Bila telah hampir separuh beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut (ulang 2 -3 kali untuk hasil yang lembut)
  4. Masukan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula didalam peti sejuk. 
  5. Bila telah beku boleh lah dihidangkan dengan coklat chip atau buah-buahan (ikut suka anda semua :D)

P/S Saya buat sekali jer untuk dipukul sebab anak-anak tak sabar nak makan, nanti nak buat yang proper sikit biar rasa lembut dan gebu tu

Rabu, 17 April 2013

WW : I LOVE U MOM :)

 Ini lah hasil kraftangan kak Nabilah untuk hari ibu tempohari " I LOVE U MOM"



Sepatutnya hanya letak gambar mama ajer...
tapi kakak Nabilah hendak juga letak gambar satu keluarga hehehe



Ini tempat letak pensel menggunakan bahan terbuang dari batang ais krim ini utk hasil kerja kemahiran hidup..


Yang ini pula tempat letak barang.. bahan dari kotak kasut yg dibalut dengan kertas warna... hasil kemahiran hidup juga... :D


Selasa, 16 April 2013

Berjaya juga menghabiskan :)

Memang tabah sungguh Si Hanan ini... bila bab sedih dengan saya sekali menangis... sungguh menghayati saya dengan jalan cerita novel... yg amat saya bangga dengan penulis ini, memberi saya info yg amat bermanfaat buat saya... mengikut al quran dan hadis untuk bergelar seorang muslimah yg sejati untuk dunia dan akhirat... 



SINOPSIS
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Isnin, 15 April 2013

Sayang Mak... ^____^


 Ini cerita masa harijadi bulan Mac 2013... hehehe sekarang baru nak cerita... bukan apa untuk kenangan anak cucu cicit mak saya ...

 Pada masa ni ramai yg tak dapat hadir kerana adik saya buat hari sabtu... so masing-masing ada kerja dan program ... dah nak malam baru ramai yang datang...


Happy Birthday bulan Mac yg ada 4 orang ajer..
Mak kena pakai juga topi besday tu... cucu yg baju hijau tu
suruh heheh :)



Kita tiup lilin dulu Dany... bussss

Uwan jom sama kita potong kek

Qhalesya yag tak puas hati nak potong juga kek tu :D

Semua senyum cepat :D
Keesokan harinya saya bawa mak pergi jalan-jalan Putrajaya... namun begitu tak puas nak ronda-ronda kerana hari hujan... so jalan-jalan dalam cruise tu jer lah... nanti kita pergi lagi ye mak...

Mak dlm cruise masa baru bergerak...

Macam masjid terapung pula ...

Ambil gambar dalam cruise tu jer
nampak air tu berbintik-bintik sebab
rintik hujan...

Hujan dah berhenti sikit masa ni
Saya sendiri pun tak puas hati... dah plan dengan kakak2 dan adik2 nanti nak buat yg proper pergi sini... rasa-rasanya kena bermula dengan sarapan pagi disini baru boleh pusing satu putra jaya ni :D

Ahad, 14 April 2013

Berendam di kolam ^___^

Cuti sekolah seminggu bulan mac tu hari saya tak bawa mereka jalan kemana-mana pun... kesian dia orang... kakak berdua tu saya hantar ke Program Daurah di Masjid Negeri Shah Alam dan Nabil saya masih hantar ke tadikanya... saya sendiri pun kesian dengan mereka... kalau nak hantar balik kampung pun kesian kat mak sebab mak pun tak berapa sihat... 

Oleh kerana hari jumaat, Daurah tiada maka saya kena ambil cuti jadi saya bawa merekka berendam di kolam Akuatik Shah Alam, dah lama mereka bertiga mengajak saya kesini... so selepas sarapan pagi saya bawa kesini... Ambil waktu pukul 9.00am hingga 11.30am... apa lagi gembira sungguh dia orang... saya biarkan mereka mandi puas...

Saya ambil gambar ni pun guna handphone jer... sibuk kak Nabilah suruh ambil gambar....

Okey ready semua possing dulu sebelum meluncur...

Tunggu Nabil nak buat peaca dulu  :D

Okey... GO....

Muka puas hati dan gembira mereka :D
Di akuatik ni ada 4 waktu operasinya, bermula pukul 9-11.30am, 12-2.15pm, 3-5.15pm dan 6-7.45pm... pilih lah waktu yang kita suka :D.

Bayarannya pula Isnin - Jumaat, kanak-kanak RM1.50 dan Dewasa RM2.00. Bagi hari Sabtu,Ahad dan cuti umum, Kanak-kanak RM2.00 dan dewasa RM2.50


Pakaian pula seelok-eloknya baju mandi untuk berenang tu lah kan... tapi MBSA beri juga kelonggaran boleh pakai t-shirt dan seluar track suit ke... cam tu... hari tu anak saya pakai t-shirt dan track suit jer...

 Saya bagi mereka berendam puas-puas sampai habis waktunya... 

 Kalau hari jumaat sessi pukul 12 tak dibuka sebab dia orang solat jumaat... so kena tunggu yg pukul 3.00pm tu buka pulak..

Tengok si bujang saya ni sebenarnya dah kecut-kecut jari jemarinya... ni nak naik atas pas tu terjun ke kolam tu... macam-macam aksi dia orang ni :D

Bila wisel dah ditiup tandanya waktu dah habis.. masing akan keluar untuk bersihkan diri dan kolam tu kosong selama 1/2jam... rehat jap...

Kalau kekawan ada masa boleh lah datang kesini... seronok jugak :D