JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 11 Jun 2017

BISKUT SEMPERIT GEBU

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. moga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Saya dah beli acuan kuih samperit ni tapi tak tahu bila nak buat hihiπŸ˜† sekali tu keluarlah pulak resepi kuih semperit gebu gebas di FB.. naik semangat nak buat semula.. jom lah kita gi beli bahan2.. 😁😊

Biskut Semprit Gebu
Bahan-bahan ( 200 Biji )

200 gm marjerin/butter
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 (setengah) cawan gula
1 biji Kuning Telur
1 sudu esen vanila
Hirisan buah Ceri secukupnya
Pewarna Kuning Telur

Cara-cara :-
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning.
Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit demi sedikit.
Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya.
Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : Facebook

6 ulasan:

  1. Wkmsalam.
    Setahun sekali baru jumpa kuih tradisional ni.

    BalasPadam
  2. Saya tak buat kuih.
    Tapi saya dah share.

    BalasPadam
  3. Ingatkan gambar samperit tu Yatie yg buat.

    BalasPadam
  4. Den suko semperit ni Ti....Aduhhh terbayang dah masuk mulut terus hilang. Lagipun buatnya pun sonangkan...Tp tulah masalahnya, sawan malas den belum hilang haha....
    Camno tu?

    BalasPadam
  5. Den suko semperit ni Ti....Aduhhh terbayang dah masuk mulut terus hilang. Lagipun buatnya pun sonangkan...Tp tulah masalahnya, sawan malas den belum hilang haha....
    Camno tu?

    BalasPadam
  6. Salam,
    Saya dari Mongoose Publishing, saya nak tanya boleh tak saya beli picture kuih semprit awak ni? Nak pakai untuk client punya brochure. Kalau boleh sila contact saya di 01123876320. Terima kasih

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)