Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 4 November 2014

RAHSIA QAILULAH @ TIDUR SEBENTAR SEBELUM ZOHOR





[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Kredit Sumber : Detikislam.blogspot.com

22 ulasan:

  1. Tadi sempat jugak saya qailulah.

    BalasPadam
  2. boleh buat pada hari cuti jer ...

    BalasPadam
  3. Hari-hari lain biasanya saya tak rasa letih, jadi selalu terlepas Qailulah @ nap.. Tapi kalau bulan puasa dah jadi kebiasaan pulak Qailulah @ nap sekejap selepas solat zohor.

    BalasPadam
  4. Kakak ni jenis payah nak lelap waktu siang. Baring-baring ajelah biasanya.. kena hari kerja memang tak adalah langsung..

    ps: Moga Yati terus tabah dan kuat dgn ujian Allah. Kakak tetap doakan moga ada kesembuhan. Sabar ye Yati,.

    BalasPadam
  5. terima kasih tuk perkongsian ni

    BalasPadam
  6. 1 jam setengah dari sekarang okje nak berqailulah so dont disturb heh.....hehe....
    Banyak kelebihan rupanya yek CH..
    Badan dah sihat ke?

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian.
    Dan ini menjadi amalan saya waktu rehat.. mencuri masa sedikit untuk merehatkan diri.

    BalasPadam
  8. Subhanallah....Mmg dah lama Rasul SAW anjurkan ' rahsia' kesihatan ini kan....dan akhirnya, saintis barat sendiri akur

    BalasPadam
  9. Assalam,
    Tidur lepas asar yang tak elok...

    BalasPadam
  10. In shaa Allah elok diamalkan. Terima kasih kongsi info.

    BalasPadam
  11. wit-wit.. kakzu dah jadi macam rotin plak.. bila jam 12.30 noon mata nak katup jer.. so berqailulah lah daku secara tak langsung. Tapi alhamdulillah.. cargas je bila bangun lepas zohor nak sambung wat kerja...

    BalasPadam
  12. uihhhhh terima kasih bebanyak.... baru lah tau pasal ni... patut lah kalau terlelap kejap tu rasa sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  13. insyaallah..selama ni memang mata ni nak terkatup jeer bila sampai waktu qialulah. terimakasih yati. baru tahu kebaikannya tidur siang..

    BalasPadam
  14. Salam kak.. pekabar?? harap sihat ye.. lama tak dtg sini...
    InsyaAllah, boleh amalkan ni.. byk kebaikan nya kan..

    BalasPadam
  15. Pernah dengar pasal ni cuma dah lupa terima kasih kerana merefresh semula..sy ni mmg agak kerap tiduir siang,menggantikan tidur malam yg tak pernah cukup..:)

    BalasPadam
  16. alangkah bagusnya jika ada masa lapang untuk buat nap macam ni pada hari kerja kan? lega sikit .. tapi apakan daya masa kerja tak sesuai..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. Saya biasa tidur seketika lepas Zohor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana lepas Azan Zohor saya tidur kemudian bangun lalu solat Zohor. Itu dikira Qailullah?

      Padam
  18. Ops... Selepas atau sebelum Zohor?

    BalasPadam
  19. Lama x melawt kat sini..ari cuti bleh tidq sekejp..

    BalasPadam
  20. Waktu pejabat memang tak danlah nak tidur sekejap sebelum Zohor, mahu tertidur lebih masa pulak. Kalau hujung minggu tu, pantang ada di rumah, sibuk memanjang. Bilalah agaknya boleh melakukan qailulah ni...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)