Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 8 Januari 2015

Kesian MEREKA nak MUSIM sejuk MELANDA pula..

Assalamualaikum kekawan.. Salam petang...

Semenjak dua minggu ni cuaca semakin sejuk kan kekawan.. rupanya kita akan menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh yg terdekat pada bulan Januari ni seperti tahun sebelum ini.. negeri-negeri yg Pantai Timur yg akan mengalami fenomena ni... Kesian mereka baru saja menghadapi bencana banjir terburuk.. semoga mereka tabah dengan ujian ini kan kekawan.. 

CUACA sejuk bakal melanda Malaysia dalam tempoh terdekat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk di Kampung Keroh, Kuala Krai pada 25 Januari tahun lalu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.
Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

9 ulasan:

  1. waktu pagi sekarang...cuaca memang sejuk Yati...

    BalasPadam
  2. ujian dtg satu persatu...semoga mereka diberikan ketabahan hati dan dilindungi Allah swt

    BalasPadam
  3. sekarang pun dah rasa dah kesejukkan tu...balik umah malam2 pun terserlah sejuknya

    BalasPadam
  4. ye ar kak. dulu aircond sampai bgn tido. skrg ni ntah pukul brp hb dah off...

    BalasPadam
  5. mmg terasa jugak la bile tang malam tuh kak..sejuk jeee..dulu tido pasang ekon xde pun nak bersweater bagai..skang nie siap berstokin skali..

    BalasPadam
  6. Bumi semakin tua, cuma tunggu masa untuk dengar tiupan sangkakala... banyak perkara yg dulu tak jadi sekarang semakin menjadi-jadi...

    BalasPadam
  7. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

    BalasPadam
  8. sekarang nih pun dah rasa sejuk...

    BalasPadam
  9. betoi.. yang kat penang ni pun slalu tido x kesah slimut skarang nk cari slimot

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)