Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 5 Januari 2015

Grand Lexis Part 1 :: MEMENUHI CUTI-CUTI MALAYSIA ANAK-ANAK ^___^

 Assalamualaikum kekawan...Salam ceria selalu kekawan.. ^__^

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T..


Masuk jer dalam bilik terus landing atas katil si Nabil ni hahaha :D
Selepas kakak berdua habis Kem di Madrasah Darul Ulom Lilbanat pada 26 Disember 2014, mereka sibuk bertanya.. mama kita nak pergi cuti kat mana.. kesian pulak saya mendengar.. jadi saya pun merancanglah dengan en suami.. nak pergi mana.. sekarang ni musim hujan kata en suami.. nak pergi mandi manda dilaut dan sungai tak sesuai..kita cari hotel yg ada kolam renang didalamnya.. jadi saya pun google lah.. maka dapat lah Grand Lexis Port Dickson ni.. pastu ada potongan harga hampir 50%.. so booking lah online.. setelah berbincang dengan en suami kami pun pergi lah pada 28-29 Disember 2014 iaitu hari Ahad hingga Isnin  a.k.a 2 hari 1 malam..

Kami keluar rumah pukul 12.00 tengahari .. dari Shah Alam ke Port Dickson ni 1 jam jer kekawan.. pagi saya dah masak lauk pauk dirumah untuk diangkut ke sini.. saya masak tomyam ayam, sambal sotong dan goreng ayam berlada , banyak saya masak, dua bekas setiap satu lauk..lupa pulak nak ambil gambar

Ni katil nabil tau... booking tu :P
Luas bilik ni kekawan.. ada dua katil king size.. puas lah budak bertiga tu bergolek-golek, saya ambil Garden Pool Villa - Room only belah bawah.. ada atas bawah Garden Pool Villa ...ni kekawan.. kalau ambil belah bawah privacy lah sikit.. kalau belah atas pool dia terbuka :) 
Harga masa saya booking RM560.00 .. harga asal RM1,243.00..  diskaun hampir 50% kan kekawan..


Ni tempat mama berjimba-jimba masak tau.. tu anak-anak tengah survey tempat tu..
Yang ini dry kitchen kekawan.. kat sini lah saya main masak2 .. disediakan microvawe, kitchenette dan pinggan mangkuk.. saya siap-siap bawa rice cooker dari rumah dan masak lauk pauk .. saya tahu mereka tentu lapar bila dah berendam dalam pool tu kan.. petiais pun ada kekawan.. jadi saya frozenkan lauk pauk dalam tu..



Ni pulak bilik mandi dan toilet, tempatnya asing-asing kekawan.. enjoy betul mereka disini.. mamanya pun tumpang sama ehe :)

Pool yg dilihat dari dalam bilik...

Luas jugak pool ni kekawan.. kedalamannya 4 kaki.. lebih sikit paras pinggang saya..  kakak nabilah bila diukur paras dadanya.. Najeeha paras bahunya... Nabil pulak terus tenggelam ehe :D






 Dah tak sabar ni mama nak mandi ... apa-apa hal ambil gambar dulu.. mama korang ni kan blogger hahaha :D
Memberi kerjasama terbaik dengan mama mereka ni.. ok kekawan nanti kita sambung entry seterusnya.. :)

22 ulasan:

  1. Dua hari kakak tak berblog Yati.
    Syukurlah abah dan makin sihat
    Anak-cucu pun apa lagi kan.. bercutilah ye.
    Nabil yg paling seronok pastinya. Tengoklah sengih bukan main lagi:)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah pengakhiran nak mula masuk sekolah ni ye...anak2 happy sgtlah tu

    knor tak kmana2 pun tahun ni...anak exam..kita biar dulu hihi

    BalasPadam
  3. cantik kan yatie..acik teringin tapi anak2 kata..dekat sangat..nak pi jauh..tapi tak pi mana pun lagi..adiknya belum cuti

    BalasPadam
  4. Berbaloi tu dapat diskaun 50%...guna Agoda ke?

    BalasPadam
  5. wahhhh best nyer kak... lama da ngidam nak p cni tp belum ada laluanyer lagi... confirm anak2 akak super happy...

    BalasPadam
  6. wowo ..!! murah yang teramat tu kak dah potong 50% jarang grand lexis nak kasi harga tu.. bagus akak grab cecepat.. seronok le anak anak ye main berendam dalam bilik.. puas hati nak berendam 24/7 pun boleh..

    BalasPadam
  7. seronoknya anak-anak..dapat berendam dalam pool tu yagn best tu

    BalasPadam
  8. Adik kak zai dari Shah Alam juga bercuti sama tempat dengan yatie tp mereka tinggal 2 malam. Jangan2 bergesel bahu hihi....

    BalasPadam
  9. Wahhh!!! Upline saya pun baru g Grand Lexis ni... Memnag nampak menarik hotel ni. Insyaallah akan ke sini juga :)

    BalasPadam
  10. seronok kan kak tgk muka ank2 seronok.....yg pnting mrk hepi....mmg menarik tgk hotel ni..patutlah mahal.....

    BalasPadam
  11. Seronoknya dpt bercuti2 Malaysia, pandai CH cari hotel, murah pulak tu. Kak pun ada bercadang nak bercuti, tp selalu tergendala, baru ni sbb musim hujan dan anak kecil pula bersunat.

    BalasPadam
  12. Seronoknya... Saya pun ada impian nak ke sana. Ye lah, sbb nak mandi kolam kan? Takkan la kita nak gi mandi kolam awam yg bercampur lelaki perempuan tu pulak kan. So, bila adanya bilik yg ada private pool mcm ni, dpt le merasa mandi kolam.

    BalasPadam
  13. SERONOKNYA.. TEMPAT IMPIAN NI HUHUHU.. BILALAH DPT PG ...

    BalasPadam
  14. haritu dah plan ke sini...tapi hb booking tempat lain pulak...so sad....

    BalasPadam
  15. Wahhhhh bestnya CH.....lama dah teringin nk gi sini....tp kewangan tak mengizinkan haha...Nampak berbaloilah yer CH, semua pun ada, senang nk masak bagai, nak berkubang pun senang!

    BalasPadam
  16. seronok la anak2 kak yatie berendam lama2...

    BalasPadam
  17. Oh, saya dah lama berangan nak ke sini tapi belum dapat peluang lagi! Dok fikir kolam kat dalam bilik tu satu bonuslah tapi bila tengok anak-anak saya ni, rasanya sampai kecut kaki tangan pun tetap tak mahu naik, nak main air lagi!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)