Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 2 Januari 2015

ALHAMDULILLAH .. ABAH SEMAKIN SIHAT ^__^

Assalamualaikum kekawan.. Salam Jumaat yg barakah..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya :)


Abah leka membaca surat khabar... kesian katanya bila melihat banjir yg melanda pantai timur tu .. juga kisah flight Airasia terhempas tu
Semalam saya menjaga abah di hospital.. Alhamdulillah keadaan abah semakin baik.. cuma paru-paru yg berkuman tu masih ada sikit lagi.. Doktor kata bila dah berusia tua ni antibodi dah kembali seperti kanak-kanak.. jadi nak  cepat baik tu susah sikit.. ini lah masa nya kita nak balas jasa orang tua kita yg dah membesar kita kan kekawan.. kekadang nak ketawa pun ada juga.. bila saya nak bagi makan ubat.. abah tutup mulut.. kata pahit tak sedap :)
Puas memujuknya makan ubat .. lama-lama tu baru abah nak makan ubat..
Begitu juga bila doktor datang nak ambil darah.. siap abah sorok tangannya tak kasi ambil darah.. pujuk jugak abah tu.. tak nak juga.. jadi terpaksa saya kata dengan doktor.. minta doktor datang kejap lagi.. tak lama doktor tu datang semula abah pun hulur tangan utk ambil darah.. saya selawat kat abah supaya tak sakit.. pastu abah boleh cakap dengan doktor.. "dah lepas ni jangan ambil darah pak cik lagi.. sakit".. :D

Sembang-sembang dengan mak seperti dirumah .. hendak jugak duduk dekat
bersama tu :D
Petang tu emak datang melawat abah kat hospital.. sibuk abah nak turun duduk kat kerusi pulak sebelah mak :D
Saya layan aje.. pastu tanya mak.." bila aku ni boleh balik" ehe..
Mak cakap" abah kena lah makan ubat dan makan nasi banyak2 bila dah sihat, baru doktor bagi balik"
ehe sebenarnya dah lama tak sembang2 berdua dengan mak tu :)
Hampir seminggu juga kan abah dihospital tu.. abah pun dah bosan.. sibuk nak minta balik.. Harap2 hari ni dapat lah abah keluar hospital tu..

Sibuk suruh saya pakaikan selipar.. nak pergi bilik air katanya.. nak mandi boleh..
pada hal saya baru lap2 kan badan abah tu ..
Ini sibuk mengajak saya ke bilik air.. kata nak mandi dan ambil wuduk.. saya tak mandikan pun saya cuma ambilkan wuduk utk abah.. pastu ajar abah solat duduk.. masa tu dah masuk waktu asar.. masa solat zohor tu saya ambil wuduk abah guna spray di atas katil jer .. pastu suruh duduk aje atas katil tu.. bila dah solat baru abah tu senang hati.. masa tu lah dia baru nak makan.. kalau bagi makan sebelum solat.. tak mahu dia makan.. nak solat dulu baru makan.. macam rutin dirumah.. 

Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah .. memperkenankan doa kami adik beradik.. semoga abah terus diberikan kesihatan yg baik.. Aamiin..


14 ulasan:

  1. Alhamdulillah, nampak dah sihat selamat tahun baru Nur.

    BalasPadam
  2. terharu nya..
    in shaa Allah semoga sehat hndaknya

    kita esok pun mcm tu juga nti. tua akn muncul juga. hrp anak2 soleh dn solehah sentiasa mendoakan dn mnjaga sgla kbajikkan di hri tua kita nti.

    BalasPadam
  3. Nak bermanja dengan mak tentu terasa lama duduk hospital. Semoga abah yatie cepat sembuh.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah yatie ya semoga tahun baru ni abah yatie bertammbah sihat ya

    BalasPadam
  5. Saya doakan semoga Abah makin cepat sembuh..Insya Allah.
    Inilah masanya kita berbakti kpd mereka,dan ini sebenarnya masa yg Allah bagi pada kita utk rebut peluang pahala berganda ganda:)

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru 2015. Semoga segala urusan sis dipermudahkan. Jemputlah menjengah ke blog saya ye :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...syukurlah Ytai...abah dah semakin pulih..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah....moga abah cepat sembuh....

    BalasPadam
  9. Syukur alhamdulillah, semuga cepat sembuh ya

    BalasPadam
  10. berbaktilah kepada org tua kita selagi mereka masih ada...org tua2 ni loving couple. mcm bonda & arwah ayahdanda sy dulu mcm tu...ke mana shj mesti berdua.

    BalasPadam
  11. Untung abah ada anak anak yg sayang, terutama ada anak ramai pompuan, senang.....
    Moga abah CH cepat baik ye

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)