JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 8 Januari 2015

PANGKAL NAMA HURUF

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi 
dan diberi kesihatan yang baik :)



HURUF A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam 
pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah 
berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
 perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

HURUF B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
 dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar,
 yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya
 sangat mudah tersinggung.

HURUF C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan
 rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu 
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

HURUF D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. 
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
 Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

HURUF E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
 Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
 hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

HURUF F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila 
berbelanja.

HURUF G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. 
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka 
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

HURUF H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan 
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal 
dan bercita-cita terlalu tinggi.

HURUF I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa
curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

HURUF J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan 
tidak tegas.

HURUF K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

HURUF L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka 
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila 
berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

HURUF M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka 
akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak
 berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

HURUF N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan 
tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya 
mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

HURUF O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar 
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong 
dan suka memilih teman.

HURUF P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. 
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak 
pendendam dan boros.

HURUF Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya 
untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

HURUF R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang 
disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka 
mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

HURUF S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang 
yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain 
sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

HURUF T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. 
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan
 diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

HURUF U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. 
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata 
jika berbicara didepan orang ramai.

HURUF V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, 
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita 
yang memikat. Tidak suka berterus terang.

HURUF W
Ramah dan mudah
simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan 
ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh 
dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

HURUF X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung 
dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

HURUF Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong 
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani 
mengemukakan pendapat.

HURUF Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa 
terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri..

11 ulasan:

  1. kami suami isteri M, anak2 Z... sekadar jadikan panduan, nmpak ok ;)

    BalasPadam
  2. yang saya punya nampak betul. yg husband ngan anak. nampak tak oke sangat. sbb dhiya amani sangat banyak cakap. non-stop dr pg sampai ptg. tapi tak tahu lah bila da besar nanti =)

    BalasPadam
  3. Ada yang tepat mungkin kebetulan. Dulu2 org suka tengok pada bulan kelahiran.

    BalasPadam
  4. HURUF K
    Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

    hehe akak sebenarnya tak suka cerita hal rahsia2 ni ...

    BalasPadam
  5. Kakak 'Z'. agak-agak Yati betul tak. Kakak ni nak tunjuk muka dlm blog pun malu hihi.... macam mana nak tonjolkan diri:)

    Ini kata dia - Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa
    terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri..

    BalasPadam
  6. ada ke yang kena atau sikit2 lagi nama tu yatie..

    BalasPadam
  7. kadangkala saya tertanya tanya, org yg buat benda2 " rahsia" macam ni, betul2 buat kajian, atau main suka suka aja...hahaha

    BalasPadam
  8. hahahah walaupun takmo caya sgt tp suke baca...

    kalu ikut hurup D sbb dana... mcm tak sama lah sbb dana bkn pendiam tp becok

    kalu ikut hrp S sbb Siti... mcm betul sbb dana ni emo n cpt marah hehehe

    BalasPadam
  9. hehehe banyakla yang pangkal 'S' hehehe

    BalasPadam
  10. Haha...yang lain semua baik...kecuali 'tidak setia'

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)