JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Februari 2017

Bangganya KALI PERTAMA Dapat MEDAL... Ujar NABIL 😆😍😙 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

berada ditempat rumah hijau sebelum acara bermula... tersenyum riang nabil kerana pertama kali bersukan yg proper..
Semalam 26 Februari 2017 adalah temasya sukan sekolah nabil SRAI DMYS.. Malam tu punya semangat nak bersukan.. siap cakap bangunkan nabil pukul 4.30am ye mama sebab kena ada kat pada stadium pukul 7.30am... awal sungguh tu Nabil ujar saya hahhaha dengan gelak tawa bersama.. 
Pagi tu memang saya bangun 4.30am macam biasa.. buat sarapan.. mee hoon goreng, goreng ayam mas tu, sandwich sardin dan burger daging (yang ini kak nabilah yang tolong buat sama sandwich) 
Jadi pukul 7.00am kami dah bertolak ke stadium Uitm tu.. tak mengalah sukan di stadium kan hehehe..

Dimulakan dengan pertandingan perbarisan antara rumah.. macam2 maskot yang ada.. Rumah Hijau tu memilih buaya bujang senang katanya hihihi.. Rumah Biru memang dapat rare sikit tu.. maskotnya daremon.. rumah kuning pula maskotnya Harimau memang cantik persembahan perbarisannya .. teratur sungguh gerak langkah.. rumah merah pulak maskotnya Naga .. simple ajer..
Untuk perbarisan ini dimenangi oleh rumah kuning, kedua biru , ketiga hijau dan keempat merah.. Nabil tak masuk perbarisan ini .. hanya tahu 5 dan 6 sahaja..

Pertandingan pertama nabil adalah lari bawa bola pingpong dalam sudu.. elok ajer memecut laju untuk menghabiskan lariannya.. dan berada ketempat pertama.. tiba larian terakhir kawannya.. terjatuh pulak bola tu.. langsung jadi tempat ketiga.. Alhamdulillah.. dapat juga medalnya.. itulah ketentuan kan.. kita dah berusaha sebaiknya.. 

Pertandingan kedua pula lari kaki tiga bersama kawan.. ini sungguh malang bagi kumpulan mereka.. bukan mudah untuk mengimbang badan apabila kaki tiga untuk berlari.. pada mulanya nabil dan kawannya terjatuh juga.. namun bingkas bangkit semula.. passing pada yang kedua ok.. passing pula yang ketiga juga ok.. namun malang bagi passing yang keempat .. kawannya jatuh tersungkur keduanya.. kesian sungguh sehingga koyak seluar dilutut tu dan tangannya berdarah sedikit.. tahu lah balapan di stadium tu kan.. mereka tewas disini.. mendapat tempat ke empat.. tak apa lah perjuangan telah dilakukan dengan baik.. (kredit buat kak nabilah yg merakamkan detik2 ini hihihi.. saya tak tahan nak berpanas.. duduk diatas tempat penonton tu jer.. bersorak dari jauh hahhahaha)

tersenyum riang menerima kalungan medal dari guru besar :)
Jadi ini lah satu2 medal yang dimenagi.. nabil hanya permainan simpanan bagi lari pecut 100 meter dan berganti-ganti jika ada kawannya yg tak datang atau kecederaan.. 
Tempat ke tiga.. janji dapat naik pentas hadiah tu ye nabil :)

Bergambar bersama kumpulan rumah hijau tu.. dek kerana silau panas.. kak nabilah tak perasan kawan yg lagi satu nampak sebelah jer badannya hahhaha.. sian ko nakkkk..

Naik keatas menunjukan medal yang diperolehi kepada saya.. sambil berkata " Bangga weyyyy kali pertama terima medal ni" tergelak saya dan kakaknya serta en suami..  yelah dulu masa sekolah Al hanna hanya sukan biasa di entry ini sukaneka sek. alhannah masa tu dapat hadiah botol air ajer.. 
Mahu tak teruja dapat medal macam ni kan.. kakak2 dua orang tu dah merasa masa di Sekolah Hira' dulu dientri ini..Sukan sekolah  kakak :) tergelak-gelak kakak 2 orang tu bila membaca entri ini dan melihat gelagat mereka yg masa tu tahun 1 dan tahun 3 hahaha.. comel sangat kakak 2 orang masa tu :D

17 ulasan:

  1. Adib & Aleeya pun sukan sekolah semalam. Seronok juga tengok anak2 bersukan.

    BalasPadam
  2. tahniah Nabil, walaupun gangsa ajer dapat juga nak stage ambil medal ^_^.

    Kat sekolah anak saya dah takde acara sukaneka macam ni kak. Start bulan Jan dah mula kumpul mata utk rumah masing2. Acaranya lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lari 4x100m...minggu ni acara akhir dan hari sukan Mac nanti baru penentuan keseluruhan.

    Kalau ada sukaneka macam ni best jugak tgk kan...hihi

    BalasPadam
  3. tahniah nabil..sekolah tisya belum sukan lagi

    BalasPadam
  4. tahniah anbil... In sha Allah lepas ni mesti dpt lagi..

    BalasPadam
  5. A big congratss to nabil...
    Simpan medal tu elok2 yer Nabil...

    BalasPadam
  6. Akan menjadi antara kenangan alam persekolahan Nabil nanti... :)

    BalasPadam
  7. mstilah bangga nabil kan.... tahniah ye nnti cuba yg terbaik lg

    BalasPadam
  8. Tahniah Nabil.
    Boleh jadi athelet bil besar nanti.

    BalasPadam
  9. Tahniah Nabil! Nampak muka dia sangat excited :)

    BalasPadam
  10. tahniah nabil. banyak sekolah buat hari sukan ya last weekend

    BalasPadam
  11. Tahniah... semoga kekalkan prestasi.

    BalasPadam
  12. Seronok dapat medal ye nabil.tahniah

    BalasPadam
  13. Tahniah nabil ... Dapat juga rasa dapat medal sukan. Iman cuma rasa masa tadika je, lepas tu sekadar dapat jajan je masa menang pebarisan.

    BalasPadam
  14. tahniah Nabil...seronok Nabil dapat medal..excited sangat tu..sampai nak bangun pukul 4.30 hihihi

    BalasPadam
  15. Tahniah Nabil..... tak sia sia bangun pagi. Tak sia sia mama buat sarapan banyak tu haha....
    Mcm kita jugaklah Ti, kalau ada event pagi tu mmg tak boleh tidolah malam tu haha.....Mcm masa mak gi Padang Besar hari tu, tak boleh tido weyh

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)