JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 2 Februari 2017

BIG DAYS :: SYUHAIDAH 💘 AMIRUL - 27 JANUARI 2017 ❤💖💝💞

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Minggu lepas adalah minggu yg agak sibuk pada saya kerana kakak andak melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada hari ahad 27 Januari 2017. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah walaupun sederhana.

Selepas asar lebih kurang pukul 5.00pm bermula majlis nikahnya, punya lah tergesa-gesa untuk ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga terlupa nak bawa pelapik duduk nikah tu.. Alhamdulillah jalan clear sebab budak sekolah dah bercuti pada hari khamis tu kan.. Kami bertolak dari rumah pukul 3.30pm sampai disurau JAWI tu pukul 4.15pm, solat asar terus majlis akad nikah dijalankan.

Pada hari khamis tu saya dah bercuti, kak andak minta tolong buat hantaran, itulah hasil keras tangan saya bersama kak alang dan uda adik saya.. dah letak bunga-bunga cantik ajer lah jadinya... ye dok kekawan :D

Pagi jumaat tu kami mula pulak berinai.. mujur ada anak kawan sekolah yg boleh lukis inai di tangan.. ambil pakej sekeluarga anak cucu berinai RM100 hihihi.. halus seni lukisnya.. saya pun tak ketinggalan hihihi.. dua2 belah tangan berinai .. kalah pengantin hahahha..

Selepas maghrib kami mengadakan bacaan yassin dan tahlil untuk arwah mak dan abah, pada 17.1.2017 genap 2 tahun arwah abah meninggalkan kami.. Alfatihah
Majlis bacaan bersama dengan anak-anak tahfiz dari Maahad Thafiz adik saya yg menjadi mudir tu.. ramai adalah 20 ++ yang hadir.

Selepas isyak lebih kurang pukul 9.00pm pihak pengantin lelaki datang untuk majlis persandingan. Untuk malam tu kami guna katering saja untuk hidangan makan. Ini juga ambil dari kawan sekolah saya juga.. makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap belaka.

Kegembiraan buat kami sekeluarga walaupun majlis yg sederhana. Kakak Andak saya ni seorang yang tabah, sebelum kenduri kahwin tu suaminya terpaksa dibuang 2 jari kaki kerana sakit kencing manisnya. Pada hari selasa baru keluar hospital.. kenduri hari Jumaat. Mulanya nak buat majlis nikah sahaja dan majlis persandingan cuti sekolah bulan mac nanti. Tetapi terus aje di langsungkan perkahwinan tu.. lagi pun keluarga pengantin lelaki dari Penang tu senang turun sekali.
Murah rezeki kak andak ni.. pelamin kawan yg sponsor.. begitu solekan, baju pengantin dan photographer di sponsor oleh kawan baiknya.. kalau tidak banyak juga belanja nak digunakan..

Buat Syuhaidah dan Amirul... Mak acik doa kan semoga perkahwinan kamu berkekalan hingga ke syurga..
Layari kehidupan berumahtangga ini dengan aman damai dan harmoni..
Barakallahu lakuma fii khair.. till jannah..

14 ulasan:

  1. Maznee jarang dengar orang buat majlis nikah waktu lepas asar 😊
    .
    Alhamdulillah, asalkan majlis dah selamat kan
    .
    Semoga Allah kurniakan kasih sayang dan rahmat dalam krluarga kak andak lepas kahwin ya 😊

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....Tahniah buat pasangan pengatin, semoga berbahagia bersama hingga ke syurga...

    BalasPadam
  3. Tahniah untuk pasangan pengantin. Hasil keras tangan tu jugak yang suka SB tengok

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, murah rezeki mak Andak..
    Banyak dapat sponsor...

    Semoga pengantin berbahagia sokmo :)

    Wah, cantik gubahan hantaran akak..
    Ada bakat tu :)

    BalasPadam
  5. Selamat pengantin baru kepada pasangan dan moga jodoh kekal sampai ke anak cucu. Cantik hantaran tu, berbunga gitu... Lukisan inai pada tangan tu cantik sangat :)

    BalasPadam
  6. Selamat pengantin baru syuhaidah & amirul. semoga bahagia sampai ke Jannah dan dikurniakan rezeki anak2 soleh solehah. :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..selamat pengantin baru buat pasangan pengantin

    BalasPadam
  8. selamat pengantin baru buat anak buah tuan belog....

    BalasPadam
  9. Semoga pasangan pengantin berbahagia till jannah.
    Ramai anak buah yang besar2 kerap lah keluarga Yatie ada kan.
    Akak ni satu persatu terima kad dari kawan2 jemput ke majlis anak dia orang....Akak ni je ntah bila lah pula nk wat majlis pulak.

    BalasPadam
  10. Semoga pasangan pengantin berbahagia till jannah.
    Ramai anak buah yang besar2 kerap lah keluarga Yatie ada kan.
    Akak ni satu persatu terima kad dari kawan2 jemput ke majlis anak dia orang....Akak ni je ntah bila lah pula nk wat majlis pulak.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..semua dah dipermudahkan..semoga pengantin kekal bahagia sampai ke akhir hayat & dikurniakan anak yg soleh dan solehah..

    tahniah utk akak dan keluarga sebelah akak jugak.. :)

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah... lega Kak Andak dan suaminya juga kan Yati
    Betul buat terus lagi senang kalau tak nak dua kali kerja nak kumpulkan semua saudara yg jejauh bukan mudah..

    BalasPadam
  13. Hihi....meh nak tengok tangan hang yg berinai kalah pengantin tu Ti.
    La kesiannya pengantin duk atas sejadah jer. Biasalah Ti, kalau tgh sebok sebok mcm tu mmg semuanya terlupa weyh.

    Katering ni mmg senang keje ye Ti. Cuma kena keluar duit lebih sikitlah.

    Moga jodoh mereka berkekalan hingga ke syurgalah hendaknya

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)