Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 9 Mei 2017

LEMAK PUTIH LABU DENGAN PUCUK BELALAI GAJAH❤

Salam petang yang ceria kekawan :)



Masak lemak putih labu dengan pucuk belalai gajah ni pun masa hari saya masak  PAIS IKAN tu.. jadilah regunya.. pastu buat pulak sambal hijau.. sambal hijausambal hijau tu kak nabilah yang buat.. lagi lah bertambah makan hari tu.. sedap tau kekawan pucuk belalai gajah ni sama rasa nya dengan pucuk manis.. tengok masa tu pucuk belalai gajah ni elok ajer menghijau tu yang regukan .. selalu saya buat ulam ajer..

Jomlah intai resepi masak lemak putih saya yang mudah ini.. saya kalau masak suka yg mudah.. cepat sikit nak makan hahaha..

RESEPI LEMAK PUTIH LABU PUCUK BELALAI GAJAH

Bahannya :-
- 1/4 buah labu- potong ikut suka :)
- pucuk belalai gajah byk ikut suka juga :)
- 1 biji bawang merah dihiris
- 1 biji bawang putih dihiris
- sedikit ikan bilis
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mangkuk santan pekat
- garam secukup rasa.

Carannya :-
1. Masukan santan cair, bahan hiris dan ikan bilis serta labu.
2. Masakan labu sehingga separuh empuk kemudian baru masukan pucuk belalai gajah.
3. Masukkan garam, rasakan perisanya kemudian masukan santan pekat tu. Kacau sehingga mendidih , kemudian boleh lah diangkat.

Selamat Mencuba Kekawan


13 ulasan:

  1. tak penah lak jumpa pokok belalai gajah ni kak...

    comei2 btl akak potong labu tuh, kalau dana suke potong beso2 skit pastu msk lmk labu dana selalu tukar jd warna kuning labu tu heheheh...
    kuah dia jd pekat2 perkkkkh mmg heaven layan

    BalasPadam
  2. SEDAPNYA MAKAN MESTI BERTAMBAHTMBH NASI TU

    BalasPadam
  3. suka lemak labu tp pucuk belalai tk pernah mkn

    BalasPadam
  4. Owh! pucuk belalai gajah boleh di buat sayur ye... tak tahu saya... selama ini kalau masak lemak putih labu saya cuma campurkan dengan pucuk manis je yati.

    BalasPadam
  5. CH error typing, awat masukkan pucuk labu? pucuk belalai gajahlah.. hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq UA..
      Nak cepat type mcm tu ada saja yg error.. πŸ˜…

      Padam
  6. Somi tk mkn labu, ank2 lagi tk mkn, agak eh boleh regu dgn apa lagi pucuk belalai gajah ni?

    BalasPadam
  7. ana labu ni tak berapa tahan nak makan, walaupun memang sedap sangat kan... pucuk belalai gajah tu tak pernah cuba lagi CH,apapun nampak sedap sangat menu ni :)

    BalasPadam
  8. PH tak familiar dengan pucuk belalai gajah.

    BalasPadam
  9. Abaikan pucuk belalai gajah, bab labu masak lemak putih ni saya pun boleh makan. Labu kita anggap buahlahkan, barulah terbuka selera saya nak makan ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)