JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 29 Mei 2017

Sahur Pertama Di Hospital...😒😌

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hari ini insyaAllah dah 3 ramadhan kita berpuasa..
Saya pada hari Jumaat tu bersahur di hospital kerana pagi tu Nabil muntah2 dan cirit birit sakit perut. Mulanya pergi ke klinik lepas tu doktor refer ke hospital kerana simptom nya seperti appendiks.. itu pun KPJ Klang yg kosong wardnya.. hampir pukul 6.00pm baru nabil naik ke ward.. sebelum tu mendapat rawatan di bilik emergency tu..
Pukul 6.30pm saya balik rumah sekejap utk ambil kain baju saya.. sebab nak jaga nabil di hospital.. balik tu singgah restoran.. ingatkan nak beli lauk segera.. bila telefon rumah tanya kakak 2 orang tu nak makan apa.. rupsnya kak nabilah dah masak nasi dan lauk pauk.. Alhamdulillah dah boleh membantu.. dia dah masak ayam goreng berlada, sayur tumis kubis dan kentang goreng sambal dgn udang.
Itulah lauk yg saya bawa bersahur bersama susu tamar.. saya solat tarawih pun dibilik ward tu..

Hari sabtu malam tu dapat berita pula anak arwah boss saya arwah Haji Aidi meninggal dunia selepas maghrib.. pagi tu saya pergi ziarah sebentar.. menurut cerita umi nya.. dah siap berbuka dan solat maghrib.. masa tu tengah tunggu solat isyak.. tiba2 anaknya yg sulong tu.. Ain Athirah mengadu  sakit dada dan sesak nafas. Umi nya buat cpr juga.. lepas tu tengok muka dah pucat biru.. bawa ke hospital.. smpi di sama disahkan meninggal.. keluarga arwah ni sakit lemah jantung.. arwah hj aidi pun meninggal di IJN sakit jantung pada tahun 2013.. kemudian anak lelaki tunggalnya pada 2015 pun sakit jantung. 
Menurut umi nya dlm minggu ni nak pergi daftar di UPSI tapi Allah lebih menyayangi nya..
Semoga keluarganya tabah dgn ujian Nya ini.
Alfatihah.. 

Petang ahad pukul 2.30pm nabil dah boleh discaj... Alhamdulillah kesihatannya bertambah baik.. pagi tu doktor buat endoscopy di pubggung.. doktor kata apendiks nya kecik.. doktor bagi ubat antibiotik.. doktor kata jika sakit perut teruk boleh terus refer ke emergency. Follow up balik pada 5 Jun 2017.
Balik pada tu kakak 2 org tu kata nak berbuka mee hoon sup gear box dan kuih onde onde.. Alhamdulillah dapat berbuka puasa di rumah..
Kekawan berbuka apa smlm..


13 ulasan:

  1. moga semuanya baik2 je kak..kesian nabil...

    BalasPadam
  2. moga semuanya baik2 saja lepas ni ya nabil

    BalasPadam
  3. moga nabil trs sihat walafiat yek...
    nsb la anak dara akak dh boleh diharapkan... msti lega kan

    BalasPadam
  4. Kesian Nabil. Semoga dia terus sihat dan tak sakit lagi.

    BalasPadam
  5. Akan jadi kenangan puasa pertama tahun ini nabil berada di hospital.Alhamdulillah ,nabil dah beransur sembuh.Pandai anak2 dara yatie masak seperti mamanya juga....kakak2 kat rumah ni masak yg simple je yg dorang tau.
    Sedihnya kan kehilangan dalam masa yg terdekat pula tu.Allah menyayangi si ibu juga kerana diberi ujian yang berat...betapa dia redha menerima nya.

    BalasPadam
  6. Akan jadi kenangan puasa pertama tahun ini nabil berada di hospital.Alhamdulillah ,nabil dah beransur sembuh.Pandai anak2 dara yatie masak seperti mamanya juga....kakak2 kat rumah ni masak yg simple je yg dorang tau.
    Sedihnya kan kehilangan dalam masa yg terdekat pula tu.Allah menyayangi si ibu juga kerana diberi ujian yang berat...betapa dia redha menerima nya.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Nabil dah sihat.
    Al-Fatihah untuk arwah Ain Athirah... masa nak balik dari terawih, mesjid ada announce yg ada jemaah meninggal dunia.x sangka pulak adik ni... kami jemaah muslimah ada buat bacaan 30 juzuk Al Quran untuk dihadiahkan kepadaa arwah. semuga rohnya tenang disana....

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan segla urusan.
    Selamat berpuasa

    BalasPadam
  9. Semoga Nabil sihat segera. Macam2 perkhabaran musibah diterima dalam tempoh terdekat ya..

    BalasPadam
  10. Kenangan yg Mahal ni CH.
    Akan jadi ingatan seumur hidup.
    Dah kuar wad kan?

    BalasPadam
  11. Biarlah ujian itu segera berlalu dan tinggal terus jadi kenangan Yati
    Selamat beribadah di bulan ramadhan dari kakak.

    BalasPadam
  12. Dugaan buat hang Ti diawal puasa. Tak perlah...nantikan aje ganjaran yg besar dari Allah. Kesian Nabil...

    Inna lillahi wa ina ilaihi rojiun... Yelah, ajal maut ditangan tuhan. Macamanalah ibu dia tu agaknya...
    Nasiblah kakak Nabilah dah boleh diharap. Senang sikit keje.

    So far belum lagi pergi Param kecuali masa buka rumah mak tu. Bagus jugaklah setiap ptg hujan, jimat sikit duit ai hihi...tp kesian pulak ek org yg meniaga tu..

    BalasPadam
  13. Alaaa cian nabil..semoga sentiasa sihat ye aminnn

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)