Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 16 Mei 2017

RESEPI AYAM HALIA VERSI CHINA

RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA

Sedap sgt ni, makan dengan nasi panas2, mau bertambah!!! Try la.. Share cpt!!!

BAHAN2:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara:
➡️Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
➡️Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
➡️Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
➡️Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
➡️Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Sumber : Facebook

P/S Dating lagi dengan doktor pakar.. harap2 ujian darah ni molek2 berlako :D

14 ulasan:

  1. yati..saya ni dok tunggu ujian darah dah lbh sebulan dah..pihak spital tak call2 lagi...ada yg kata takde apa2 la kalau spital tak call tu..

    BalasPadam
  2. menarik nmpknye ayam halia tu

    BalasPadam
  3. Sy save resepi ni, nnt nak cuba

    BalasPadam
  4. nk try la nnti kak, kadang kite buntu jgk nk msk apa.,...

    ni mcm senang je... blh try lah nnti...

    BalasPadam
  5. Macam masak kicap ye Ti.... cuma nama je lain
    Bolehlah masak untuk sahur nanti TI.... Masakan pun simple je ni

    BalasPadam
  6. kak saya copy ye resepi ni..tq kakkk ;)

    BalasPadam
  7. Makan dengan bubur nasi sedap ni Tie.

    BalasPadam
  8. Sedapnya kak! Nanti Nani nak try jugaklah :)

    BalasPadam
  9. Saya pun masak ayam halia macam ni, ringkas dan cepat. Anak2 memang gemar amat! Tapi your presentatin lagi lawa hehehe....

    BalasPadam
  10. Kalau tengok rupa nampak macam tak pedas aje walaupun ada dalam resepi lada sulah, lada hitam dan lada merah. Tak tahulah boleh buat menu berbuka puasa ke tidak. Tapi takpalah, saya save juga manalah tahu tetiba terbuatkan ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)