Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 12 September 2012

Gulai Kemumu Dengan Udang

Pernah dengar nama kemumu ni tak? Saya tak tahu lah di tempat anda panggil apa?

Gulai Kemumu Dengan Udang
Siap di masak :D


Close up sikit :))

Inilah pokoknya seperti batang keladi  kan

Rendam dengan air garam dulu *__^

Masukan didalam periuk
 Lepas raya ni jamu dengan hidangan macam ni memang membuat saya bertambah lah makan.. hahaha.. elok-elok puasa turun 5 kg , sekarang raya sudah naik balik 5 kg.. aduh kena diet balik ni :D

RESIPI GULAI KEMUMU DENGAN UDANG


Bahan-bahanya :

1/2 kilo udang
3 batang kemumu
10 biji cili api ditumbuk

3 biji cili merah ditumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
Santan dari sebiji kelapa (asingkan patinya)
Garam secukup rasa
Asam Keping
Daun Kunyit

Cara-caranya:
1) Buang kulit nipisnya.Potong batang kemumu lebih kuran 11/2 inci kemudian rendam dengan air garam. Ketepikan
2) Masukan bahan tumbuk dengan santan cair tadi. Masak hingga mendidih
3) Kemudian ramas-ramaskan batang kemumu tadi , lepas tu cuci dan toskan.
4) Masukan udang, sedikit asam keping,garam dan batang kemumu, kacau hingga mendidih.
5. Kemudian masukan pati santan dan daun kunyit, kacau sentiasa nanti pecah santan, lepas mendidih sekejap. Bolehlah dihidang.

Saya ambil batang kemumu di rumah kak Sah.. belakang rumah kak lang di kundang.. masak dirumah kak lang juga dengan mak.. Berselera sungguh mak makan gulai kemumu ni.. En suami pun suka dan ini lah kali pertama dia makan gulai kemumu ni.. selalu dia makan batang keladi..

Mesti di tempat kawan-kawan panggil batang kemumu ni dengan nama lain kan...

6 ulasan:

  1. salam kak yati.....
    kemumu ni sebenarnya keladi ke ...kak...?????
    kalau pokok yg akak tunjuk tu rasanya keladi kalau yan keladi ni gulai dengan ayam memang sedap kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak akak kata bukan keladi tapi pokoknya macam keladikan.. entahlah akak pun tak tahu.. mak akak kata "KEMUMU".. bila akak pergi pasar seksyen 16 shah alam.. mak cik yang jual tu pun kata itu batang kemumu tau.. bukan keladi...

      Padam
  2. salam Nur..ohh lama tak makan sayur kemumu ni.Orang minang panggil nama lain.Semasa tinggal kat Gombak selalu makan sayur ni.Lupa lah pulak namanya tapi sangat sedap sebab tak gatal macam keladi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikusalam cikmanggis,
      Memang sedap dan tak gatal.. susah juga nak cari sayur kemumu ni kan...

      Padam
  3. rasa nyer PM tak pernah mkn lg kemumu tuh...1st time dgr nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raso akak bolah negeri 9 banyak sayur kemumu ni PM :)
      Cubo PM tanyo kat omak PM.. :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)