Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 21 September 2012

Resipi Ikan Kerapu Kukus

Hahaha bila kolesterol dah tinggi baru lah nak makan yang kukus ye Yatie... :D Jadi semalam dinner kami sekeluarga dengan makanan yang sihat hehehe.. selama ni main makan ye Yatie ikut selera tekak kan.. sekarang kena lah ikut selera umur yang dah four series ni.

Anak-anak saya pun suka juga ikan masak kukus ni, hendak ikan baru lagilah manis kan :D



RESIPI IKAN KERAPU KUKUS

Bahan-bahannya :-

2 ekor ikan kerapu kecil
1 inci  halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos tiram
1/2 batang lobak merah
miyak bijan
garam
daun bawang dan daun sup

Cara-caranya :-

1) Cuci ikan sehingga bersih( sebaiknya cuci dengan limau nipis)
2) Tumbuk bawang putih dan halia
3) Masukan ikan kedalam manggkuk kukus gaulkan bersama bahan tumbuk dan sedikit garam.
4) Masukan Lobak merah yang di potong memanjang dan letakan sos tiram diatas ikan tadi
5) Kemudian kukus selama 15 minit
6) Selepas 15 minit perah limau nipis, masukan daun bawang serta sup dan titikan minyak bijan.
7) Kemudian kukus lagi selama 10 minit.
8) Siap untuk dihidangkan

Mudahkan masak makanan sihat ni.. cuma hendak dengan tak nak jer nak masak dan ikut selera aje. Itu saya lah tu.. lepas ni rajin-rajin masak makanan sihat yer Puan Yatie :D 

4 ulasan:

  1. best jgakkan.. tp hubby ila msti mkn pedas2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ila boleh hiriskan cili padi dan kukus sekali dengan ikan tu, akak buat macam tu untuk en suami sebab dia pun kuat makan pedas :D

      Padam
  2. sekali sekala makan macam ni memang best kan...????
    kena pula dengan sambal belacan layan habisssss.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau layan dengan sambal belacan memang terangkat lah Yan :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)