JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 14 November 2014

ADA.. BERI .. DAPAT


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Salam Jumaat kekawan .. semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya.. sekadar muhasabah diri buat kita.. Saya ambil  dari FB yg dipost oleh kawan saya..




Formula Prof Dr. Muhaya,
"ADA (pada diri) - BERI (kepada orang) - DAPAT (dapat semula apa yang diberi)"
Kalau kita DAPAT reaksi negatif daripada orang, sebenarnya kita telah pun BERI negatif pada orang, dan kita hanya boleh BERI negatif kepada orang apabila kita ADA negatif. Maka untuk kita DAPAT perkara positif, kita kena BERI positif, Tapi ingat, kita tidak boleh BERI apa yang kita TIDAK ADA.
Sebab itulah kita kena baiki diri kita. Jangan sibuk cari kesalahan orang dan nak baiki diri kita kena cari ilmunya. Memang bukan kerja yang mudah tapi pasti jadi mujahadah. Semoga kita semua mendapat anugerah Allah untuk dipilih sebagai orang yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh membaiki diri sendiri. Segera kita beristighfar kepada Allah setiap kali negatif singgah di hati kita. Allahumma yassir wa la tu'assir. Allahumma tammim bilkhair. Amin.

Wassalam.. InsyaAllah kita jumpa lagi :) 

14 ulasan:

  1. pesan arwah emak..lagi banyak yg kita beri..Insya ALLAH lagi banyak yg TUHAN akan bg semula kat kita..

    BalasPadam
  2. nice sharing. kita beri apa yg kita mampu

    BalasPadam
  3. salams jumaat :)
    alhamdullilah 'gula-gula' info jumaat....

    BalasPadam
  4. Peringatan yg bagus!
    'Berilah' apa yg kita 'mahu'.

    BalasPadam
  5. Banyak memberi akan mendapat ganjaran yang melimpah ruah.

    BalasPadam
  6. Tidak rugi memberi apa lagi yg kita sayangi
    Sebab itu sedekah satu dapat balik berganda-ganda

    BalasPadam
  7. insyaAllah...kalau ikhlas memberi insyaAllah ada balasan baik dr Allah

    BalasPadam
  8. setiap perbuatan baik akan di balas dengan kebaikan juga..insyaAllah..

    BalasPadam
  9. mendalam maksudnya walaupun kefahamannya kena berbuat baik

    BalasPadam
  10. Lebih kita memberi, insyaAllah lebih lagi kita akan dapat. Yg penting ikhlas. Tq for sharing kak..

    BalasPadam
  11. Motivasi petang ...bagus ni.....
    Awak dah sihat ke CH?

    BalasPadam
  12. Lebih banyak yang kita beri apa yang kita ada, maka lebih banyak lagi yang kita akan dapat. Begitulah kira-kiranyakan....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)