JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 9 April 2012

RESEPI PUDING ROTI KUKUS


Cerita tertunggak hahaha... Pagi sabtu sebelum pergi kenduri rumah Busu Pah, sempat lah juga membuat Puding Roti Kukus... tengok roti ada 4 keping dan tarikh nak expire ada dua hari lagi... lalu saya pun cuba resipi yang diambil dari  Dapur Malaysia Com Puding Roti Kukus. Terima kasih resipi yang sedap ini...
Sedap dan simple saja resipinya tu yang sempat buat pagi tu...
Puding Roti Kukus ... siap di kukus

Dua pembantu yang rajin menolong kalau bab buat kuih ni :)

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas 
dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair 
dan kacau adunan hingga sekata.

   Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

 Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

  Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.


Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1.       Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2.       Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.       Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4.       Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan


Petang dalam pukul 4, en suami telefon dia ada rumah mak ngah, lalu di suruh kami datang kerumah mak ngah kerana mak andak, mak tam, mak cik, pak uda dan pak cik ada disana. Saya pun bawa lah puding yang kami buat pagi tadi kerumah mak ngah, boleh makan ramai-ramai.. dapat juga saya jumpa mereka sebab tak sempat jumpa di rumah kenduri...


Bila saya bawa mangkuk puding tu sempat la mak andak bertanya "Kamu bawa apa yati?"..


"Bawa puding roti mak andak", jawap saya..


"Tahu jer kau mak andak nak datang, sempat kau masak puding ni, letak sini biar mak andak potong", kata mak andak. Masa tu mak andak dan yang lain tengah menikmati rojak mamak  dan cendul mamak Karim..


Bila mak angah tengok puding roti tu, mak angah pun tanya "Bila lak kau masak puding yati?", 


"Pagi tadi mak angah, sebelum pegi rumah Busu Pah", jawap saya...


Semua kata sedap puding roti ni... pastu boleh request daripada zaza suruh buat puding roti berkuah... nantilah kalau ada masa saya buatkan. Seronokan bila makan ramai-ramai ^__^

33 ulasan:

  1. thanks for the recipe....

    BalasPadam
  2. Insya Allah nk cuba juga Pufing Roti kukus. Sebelum ini, buat yg bakar.

    Regard
    Azie Kitchen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba Azie... terima kasih singgah di blog kecil akak ni :D

      Padam
  3. Tenkiu share resepi akak..dh try buat..baru je masak..tnggu nk masuk peti ais..hehe

    BalasPadam
  4. Saya da cuba resepi akak ni ..menjadi...terima kasih akak

    BalasPadam
  5. Saya da cuba resepi akak ni ..menjadi...terima kasih akak

    BalasPadam
  6. Kukus x payah tutup ke sis bekas puding tu?

    BalasPadam
  7. Tq atas cadangan resepi tu ye...last minit anak ckp nak kena bwk mknan pg skul dah mlm2 ni malas nak kuar tengok blog ada resepi yg ringkas bhn pun semua ada apa lg mulalah saya mengukus....tqvm ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2.... Alhamdulillah penyelamatlah roti kukus ni kan , saya pun cam tu mana yg mudah :D

      Padam
  8. Kalo masak Kat oven bape minit

    BalasPadam
  9. Salam kak..saya nak minta izin masukkan resepi dalam blog saya..huhu tapi dah buat entry dah pun..ampunnn..tadi saya dah buat puding ni ikut resepi akak tapi ubah sikit sesuai dengan selera saya..memang sedap!! TQ kak share resepi mudah ni..(^^)

    http://faizaleda.blogspot.com/2013/08/puding-roti-yang-melting-dalam-mulut.html

    BalasPadam
  10. as salam..saya mintak izin nak share resepi ya..tq

    BalasPadam
  11. Nak tanye....susu cair tu, ganti dgn susu segar boleh x?

    BalasPadam
  12. langkah kanan mak sedara semua tu kan.. ;)

    BalasPadam
  13. Salam kunjung kak...
    terima kasih follow saya...done follow back...
    Sha mang suka puding rotiii...sedappp

    dari www.notashalimar.blogspot.com #277

    BalasPadam
  14. tengok pun dah tau sedap. tapi saya ni bab2 masak puding roti agak failed sikit. hehehe.

    BalasPadam
  15. Nak try la buat dgn resepi ni...tq sharing...ada masa free..lawatla blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam
  16. sis...telur,gulan ngan esen vanila x perlu masak atas dapur ke???
    -siti-

    BalasPadam
  17. sis...telur,gulan ngan esen vanila x perlu masak atas dapur ke???
    -siti-

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)