JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 27 November 2014

RESEPI KUZI AYAM

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi hendaknya..
Sekarang ni bila kekawan post resepi yg best di FB, mula lah saya save di blog ni dulu.. bila ada kelapangan nanti boleh lah dicuba.. tengok bahan2 nya nampak mudah jer tu..

KUZI AYAM

Sumber : Legaci Secret Trading
Bahan-bahan:
1 ekor ayam 
30 ulas bawang merah-dimayang halus dan digoreng hingga garing. Hancurkan.
2 ulas bawang putih-diblend
1/2 inci halia-diblend
2 batang serai-diblend
3 sudu besar rempah kuzi
3 sudu besar sos tomato
1 cawan campuran kismis dan gajus/badam.
1/2 tin susu cair.
Air
Garam
Gula
Cara:
Perap ayam dengan bahan yang telah diblend (bawang putih, halia dan serai serta garam secukupnya) Perap sekurang-kurangnya satu jam. Goreng ayam. Goreng kismis dan gajus atau badam cincang-sejatkan. Tumiskan rempah kuzi (tidak perlu lama2) Masukkan susu cair. Masukkan sos tomato, bawang goreng, ayam, kismis, gajus/badam, garam dan gula secukupnya. Masukkan sedikit air. Masak hingga kuahnya pekat. Sedap dimakan bersama dengan roti jala, roti Arab, roti biasa atau dengan nasi.

9 ulasan:

  1. sedapnyeeeee..alahai..terliur la pulak

    BalasPadam
  2. Kakak ada satu bibik dulu suka sangat masak resepi kuzi ni Yati. Tak kiranlah ayam ke daging kalau minta tolong dia masak mesti resepinnya kuzi memanjang..

    BalasPadam
  3. kalau kat kelantan..kuzi ni dimakan bersama roti jala..

    BalasPadam
  4. Jadi ini yang namanya 'kuzi'...? Isteri saya juga pernah masak yang lebih kurang rupa macam tu, tapi saya tak tau namanya kuzi atau apa....

    BalasPadam
  5. Assalam Dik Yati...nanti Akak nak try buat dengan daging..sedapnya berlinang minyak tu yang buat terbuka selera.

    BalasPadam
  6. suka masak kuzi..makan dengan roti atau pun roti jala...biasa akikah anak..masakan disunatkan manis sedikit..jadi masakan kuzi ni menjadi pilihan..:D

    BalasPadam
  7. Tengok resepi semuanya nampak sedap, CH tapi tahu sahajalah saya ni kalau hujung minggu mana pandai 'duduk' dendiam kat rumah. Tapi takpa, kalau saya tak tahu nak masak apa, boleh aje terjah blog ni. Senang cerita.

    BalasPadam
  8. Mana nak cari rempah kuzi tu CH...Kena gi Kelantan nampaknya tu hihi....
    Pernah makan dulu Masak Kuzi ni mmg sedap...dia manis manis gitukan,,,

    BalasPadam
  9. adoi sedapnye..tulah sama fikiran pulak dengan Okje..kena cari rempah kuzi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)