Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 17 November 2014

KEK TIRAMISU KUKUS

Assalamualaikum  kekawan..

Jejalan tengok FB.. ada jugak kekawan yg post kek tiramisu yg 

cantik ni.. save dulu kat sini... nanti kita cuba ye ^__^

                                                      



KEK TIRAMISU KUKUS


4 biji telur - Gred A
150gm Gula halus
1/2 sudu teh ovelette
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
100ml minyak masak
200ml santan kotak - KARA (Jangan campur air)

Bahan untuk lapisan :
Kopi cappuchino (3 in one) 1 sachet larutkan dengan 2 sudu besar air panas
2 sudu besar serbuk coklat

Cara membuatnya:

1. Pukul telur, ovellette dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak terlebih dahulu dengan baking powder sedikit demi sedikit di dalam adunan sambil di pukul lagi.

3. Masukkan minyak dan santan berselang seli sambil di pukul lagi.

4. Bahagikan kepada tiga mangkuk. Adunan 1 di biarkan kosong, atau jika suka boleh juga di campurkan sedikit keju cheddar yang di parut. Adunan 2 di campurkan dengan serbuk kopi cappucino dan Adunan 3 di campurkan dengan serbuk coklat.

5. Kukus lapisan 1 dan 2 masing-masing selama 10minit, seterusnya untuk lapisan ke 3 hendaklah dikukus selama 20minit.

6. Bila kek telah sejuk, bolehlah di hias dengan 'butter cream' dan boleh juga di tabur dengan keju parut mengikut citarasa masing-masing.

# Saya guna loyang bersaiz 6inci x 6inci. Pastikan loyang tersebut sudah di sapu mentega dan tabur dengan tepung terlebih dahulu untuk mengelak daripada kek melekat.
 

17 ulasan:

  1. Cantiknya kek ini Yati. Boleh buat hantaran.
    Kakak tak pernah buat versi macam ini..

    BalasPadam
  2. Cantiknya kek, tak gamak nak makan...mungkin boleh keraskan dan simpan sebagai cenderahati dalam almari...hehehehe..

    BalasPadam
  3. assalam yatie....warna2 yg cantek....tentu rasanya sedap

    BalasPadam
  4. Terima kasih kongsi resipe. Minta izin saya C/P ya.

    BalasPadam
  5. bila dah cuba, share kat sini tau kak :)

    BalasPadam
  6. wah cam sedappp je ni boleh try nanti yatie

    BalasPadam
  7. aduzzz akak cantiknya..nak makan pon sayang

    BalasPadam
  8. Cantik ...berlapis2 tiga tingkat..

    BalasPadam
  9. KY pun nak save resepi ye Yati. kek tiamisu memang feveret KY..tapi main beli aje ler...

    BalasPadam
  10. wahh... cantik la berlapis2... tapi tak pernah makan tiramisu... ermmm sedap ke ek... :D

    BalasPadam
  11. Nampak ayu jer kek ni CH.... macam senang jer nak buat tu...
    Kat rumah ni banyak milo 3 in 1 tak laku kalau buat ni ok jugak yek

    BalasPadam
  12. salam kenal..mohon ambil resepi..

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
  13. cantik sangat kek tu kak yatie..meh hantar kat saya sikit

    BalasPadam
  14. Aduhai, cantik dan kemas buatannya. Tengok pun dah boleh tahu mesti sedap. Tetiba nak kek tiramisu juga. Okey, jomlah pergi kedai beli. Hehehe.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)