JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 8 Jun 2012

Majlis Pertunangan Syahirah

Pada hari sabtu 2 Jun 2012, rumah emak penuh dengan anak, cucu dan cicit. Kakak Andak saya buat majlis pertunangan anaknya Syahirah di rumah emak. Rumah emak besar sikit daripada Quaters Polis yang didiami tu, lagi pun senang nak kumpul anak beradik kata kakak saya. Hari jumaat saya dah cuti, kakak saya minta tolong gubahkan hantaran tunang tu... saya bukan pakar sangat dalam menggubah ni tapi boleh lah sikit-sikit :D seperti DISINI.


Tepat jam 3.00 petang, rombongan pertunangan itu sampai, bagus betul dia orang, janji Jepun hehhe sebab tepat waktu, kalau lambat janji melayu... ye ke... kesian orang melayu ni..perbincagan pun bermula..



Lepas berbincang tu, tunjuk pula cicin risik dan tunang, zaman sekarang dah jadi trend tak perlu risik sekali jer dengan tunang sebab dah confirm setuju punya pihak perempuan tu :))
 Kemudian sarung cincin tanda pertunangan diikat selama setahun, bakal mak mertua yang sarung sendiri.

Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 7 dulang, kami pun hantar 7 dulang, sebelum ni pihak lelaki kata nak hantar 5 dulang tapi pihak lelaki kata banyak sumbangan dari saudaranya tu yang jadi 7 dulang, tak dapat lah kami nak membalas 9 dulang ... boleh jer kan..
 Syahirah ni ada kembarnya Syuhaidah, dah kahwin dan punya seorang anak, maknanya saya dah ada cucu saudara seorang, mak naik title jadi moyang pulak :D

Dah jadi trend pula kan, ada jer lelaki tunangan Syahirah ni, sebenarnya dia malu nak tunjuk diri, tapi abang ipar saya sibuk tanya mana bakal tunangan syahirah ni, macam dah tau je pakai baju warna purple.

Cepat juga majlis ini berlangsung pukul 4.30pm mereka dah pulang selepas menikmati jamuan petang, kami buat nasi lemak ayam berempah dan mee kari...

Selamat bertunang Nur Syahirah dan Mohd Nur Husna... semoga sampai ke jinjang pelamin hendaknya.. Ameen..


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hehehe.. mesti teringat punyalah masa tunang sendiri punya.. sekarang anak2 buah pulak punya turn...

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)