Taraaa.... tergoda tak dengan pavlova saya ni... hahaha kes perasan menggunung :D
Pavlova saya yang sarat dengan buah-buahan :D |
Saya bawa pavlova di kerumah adik ipar saya di taman cahaya alam masa nak sambut hari bapa tu.. saya pula hiaskan siap-siap dirumah ... haha orang derhaka pada kata Irma.. bila nak makan baru hias dengan buah-buahan tu .. tapi orang derhaka sampai ke rumah adik ipar saya ni , pavlova saya dah nak berderai hihihi cer tengok gambar ni pulak...
Qaseh potong pavlova yang hampir runtuh :P |
Biasalah saya ambil resipi ni dari Irma disini Pavlova, mesti semua orang dah tengok disana kan... saya letakkan resipi ni disini untuk rujukan saya akan datang... Akak mohon share resipi ye Irma...
RESIPI PAVLOVA
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung
jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping
cream
1 1/2 sudu besar gula halus
- saya ikut irma pakai gula icing cepat sikit sebati.
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan
nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk
memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang
sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan,
pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih
sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan
kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata,"
apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau
ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga
adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi
sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan
bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di
tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
dah berkilat kan... |
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar
menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.
Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya
jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul
lagi 2-3 minit.
Lepas tu dah bertanduk :D Tanduk baik punya kata Irma |
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah
jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu
confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan
spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari
dalam pavlova.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment
paper). Saya buat dua bulatan satu saiz 7" dan 8" lepas tu masa membentuk meringue tu ikut betul-betul pada saiz 7" tu sebab bila di bakar di mengembang sedikit...
Nampak dia dah mengembang :P |
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.
Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la
kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit
lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. (Sejujur saya kata bergantung kepada oven masing-masing, saya masa panaskan ikut Irma tapi lepas masukan adunan meringue ni saya tukar kepada suhu 110'C)
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan
suhu kepada 110'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang
sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak
masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak.
Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Nampak warna meringue bertukar kepada coklat muda |
Masak sehingga warna
meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa
garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit
terbuka. Jangan
keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu
petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama
2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah
kental. Masukkan
gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya
nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan
dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Masukan cream dalam plastik piping.. |
Bila rasa nak makan, baru
picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau
hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.(yang ini jangan derhaka macam saya tau... ikut ye nanti berderai macam saya punya pavlova)
Sekian lah penulisan saya mengenai pavlova hahaha... siap tulis semua tu untuk peringatan diri sendiri ... jangan derhaka...
pavlova memang rapuh, mudah sangat collapse, kan? yang topiing tu saya malas buat sendiri. nadiah guna yang ready whip (cool whip) je :D
BalasPadamYe la Nadiah, rapuh sangat, kena beringat lain kali :D
Padamnyum2! sedapnya.. tetiba rasa nak buat lagi. hihi..
BalasPadamYummy... akak rasa pun nak buat lagi As ... :))
Padamramai dah yang buat pavlova ni..saya jer belum buat lagi.bila nak rajin buat tak tau la yer..hehe
BalasPadamCubalah Nieza tapi jangan derhaka macam saya hahahha :D
PadamSalam kak. Saya sgt terinspirasi dgn pavlova akak ni. Nmpk sgt sedat.
BalasPadamWalaikumsalam ,
PadamSila lah mencuba nya cik gadis yan.. tersangat lah sedappp :))