JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 28 Jun 2012

Sukaneka Tadika Nabil

Pada hari selasa 26 Jun 2012, Tadika Nabil buat sukaneka, tadika buat secara kecil-kecilan di Masjid Negeri Shah Alam, saya pun terpaksa cuti hari tu sebab sebelah petang tiada penjagaan, lagi pun boleh saya jadi supporter Nabil :) 3 acara yang Nabil masuk iaitu bawa bola ping pong dalam sudu, isi air dalam botol dan lari kepit boleh. Saya tak dapat nak rakam nabil lari bawa ping pong dengan isi air dalam botol, laju benar nabil cuma saya dapat rakam gambar dia lari kepit bola, gelihati pulak saya tengok dia bawa bola tu..

Suara mama jer yang dengar kuat hehe

Panaskan badan sebelum bersukan

Bersama kawan baik Wajdi, saya mula ingat gegirl rupanya
lelaki, mama Fateha siap tanya mana tudung hehe
cikgu dia kata, lelaki lah kak ... ?

Masa lari bawa bola ping pong, berdesup Nabil lari saya
dapat snap gambar padang jer :))

Lepas tu terus duduk belakang kawan...

suruh juga dia ambil gambar dengan bola pingpong tu..

tunggu giliran untuk isi air dalam span pulak..

Tak sempat lagi nak snap.. dapat belakang jer.. haha mama
yang amatur dalam fotografer ni..
Hadiah pula akan disampaikan di tadikanya pada jumaat ni... semangat betul nabil bersukan.. Rumah kuning dapat nombor 2 , kemenangan mengikut rumah secara keseluruhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)