Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 29 Jun 2012

RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Saya suka sangat kek kukus coklat, begitu juga dengan anak-anak, hari tu  di blog kak yatie Sinar Kehidupan ada tayang kek kukus coklat lapis cream cheese. Saya pun cuba lah membuatnya, ternyata tersangat lah sedepanya. memang yummy betul... bila cheese di regukan dengan coklat lagi lah terasa nyamannya lalu ditekak.

Saya buat kek ni semasa nak buat potluck untuk hari sukaneka nabil tempoh hari, cikgu minta sumbangan makanan dan kuih muih...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Saya dapat tiga bekas ini untuk resipi dibawah
Mari kita semak resepi yang di beri oleh kak yatie, saya mohon share resepinya di sini ya kak, bukan apa senang nak buat rujukan akan datang, taklah nak pegi selongkar dapur kak yatie lagi :))


Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

5 ulasan:

  1. mesti sedap buat penggemar choc & cheese (macam saya). Saya pernah jgk buat tapi tak pasti resepi sama ke tidak sebab dah lama tak buat :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu LL, akak memang suka coklat dan cheese.. penyudahnya sekarang kolestrol akak tinggi huhuhu... kena hati2 kata doktor :(

      Padam
  2. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    BalasPadam
  3. mmg sdp kek ni...sy dah try...sng pun sng...xsmpt sejuk dah abis...klu mkn sejuk lg sdp sbnrnye...

    BalasPadam
  4. jom kawan2.Mintak share resepi...and mai singgah my blog also.
    lachanteq.blogspot.com
    lachanteqsne.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)