JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Jun 2012

Resipi Agar-Agar Pandan Nata Decoco

Melihat Cik Mat Gebu buat agar-agar pandan, saya pun tergoda nak buat juga tapi bukan agar kelapa pandan seperti CMG. Saya buat agar-agar pandan Nata Decoco. Nabil cukup suka dengan Nata Decoco ni, habis dua bekas kecil dia makan, saya buat dapat 6 acuan kecil ni dan satu mangkuk kecil yang saya beri pada mak ngah .


 

Sedap jer lalu ditekak bila makan baru keluar dari peti ais. Kak Nabilah dengan Kak Jeeha, jangan cakaplah sambil menyiapkan puzzle nya sambil menyudu agar-agar ni kemulut. Lepas tu boleh minta buat agar-agar milo pulak lah. 







RESIPI AGAR-AGAR PANDAN NATA DECOCO


BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar2 (saya guna sama CMG cap swallow)
100 gram Nata Decoco (ikut suka)
1000 ml air 
120 gram gula atau secukup rasa
 1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air , kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu dipotong dadu kecil-kecil Nata Decoco sebab yang dalam tin tu besar-besar jadi saya potong dua.
  2. Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi,  letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata. 
  3. Sediakan bekas agar, tuang suku agar-agar tu dan letakan Nata Decoco tu, biarkan mengeras sedikit, lepas tuangn suku agar-agar dan letakan Nata Decoco tu, buat sehingga habis. Kalau kita letak Nata Decoco semua Nata Decoco itu terapung di bahagian atas, dan tidak jadi di semua bahagian.
  4. Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk...


Sedap sungguh bila makan cuaca yang panas ni ye...

4 ulasan:

  1. assalam yatie..aga2 sejuk memang sedap masa musim panas ni.memang laju je bila makan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang berulang kali buka peti ais meyudu jer kerja budak bertiga tu... panaskan cuaca sekarang..

      Padam
  2. mnarik!...suka tgk agar2 pandan yg comeii tu..bleh cuba nti ni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)