Esok kita semua akan mula berpuasa, di kesempatan ini saya mengucpakan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat semua, saya juga memohon maaf kepada semua sekiranya sepanjang saya menulis ada yang menyinggung perasaan sahabat semua, begitu juga jika komen yang saya berikan mengguris perasaan sahabat semua ...
Sedikit info mengenai puasa yang perlu kita ketahui, semoga puasa yang dilaksanakan di terima oleh Allah s.w.t :-
Puasa Umum
Puasa umum atau Shaum al Umum adalah puasa yang hanya menahan diri
daripada makan dan minum dan keinginan syahwat. Selain daripada itu, mereka
tidak menahan diri daripadanya seperti mengumpat, bercakap bohong, melihat
maksiat, mendengar nyanyian melalaikan dan sebagainya.
Puasa Khusus
Puasa khusus atau Shaum al Khusus ni up sikit dari puasa umum.Menahan
diri daripada perkara yang membatalkan puasa; dan ditambah pula dengan menahan
lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan
dosa. Misalnya, tidak mengumpat, mencela, memaki, membebel tak tentu pasal,
mencarut, melihat maksiat atau perkara yang sia-sia seperti program tv atau
drama yang tidak bermanfaat, melihat aurat orang, mendengar umpatan, mendengar
lagu yang lagha, dan sebagainya.
Selain daripada itu tidak tidur berlebihan di siang hari, tidak boros
berbelanja, tidak melakukan maksiat dan tidak makan berlebihan.
Puasa Khususul Khusus
Puasa Khususul Khusus atau Shaum Khusus alKhusus bermaksud berpuasa
dengan menyertakan semua perbuatan di atas dan disertai dengan berpuasanya
hati. Iaitu berpuasa daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Puasa ini
adalah puasa tahap Anbiya', Siddiqin dan Muqarrabin..
Cara
untuk mencapai 3 tahap puasa adalah:
1. Menundukkan pandangan dan menahan diri kita daripada melihat perkara yang
dilarang oleh syariat.
2. Lebih baik diam atau berzikir dan membaca Al-Quran daripada bercakap perkara
yang tidak berfaedah, mengumpat dan sebagainya.
3. Menahan diri dari mendengar perkara yang dibenci oleh syarak.
4. Menahan anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang dan menahan
perut daripada berbuka dengan makanan yang haram.
5. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa.
6. Hendaklah timbul dalam hati rasa takut kepada Allah kerana kita tidak tahu
samaada puasa kita diterima ataupun tidak.
7. Perbanyakkan ibadah sunnat seperti mengaji alquran, tadarus alquran,
berzikir, memperbanyakkan bacaan agama, solat sunat isyraq, solat sunat dhuha,
solat sunat rawatib, solat sunat taubat, tahajjud, tasbih, hajat, witir dan
sebagainya...
Niat berpuasa dan doa buka puasa
Jadual berbuka puasa bagi Zon 1 Selangor
Sumber info : Google.com
info yg menarik tq sharing. Selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga:)
BalasPadamSemoga kita dpat melaksanakan dengan sempurna dan lebih baik dari sebelumnya :)
Padam