JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 17 Julai 2012

MEE GORENG MAMAK... mudahnya nak buat :)

Hari tu saya buat mee rebus tapi ada pula yang minta mee goreng mamak.. siapa lagi kalau bukan kak Nabilah, penggemar mee kuning dia ni, berbeza dengan budak 2 orang tu, suka mee hoon sama macam abah mereka. Semalam kami dinner dengan mee goreng mamak atas permintaan kakak Nabilah.. semua orang bersetuju nak makan mee goreng... lalala.. senang hati mama tak perlu nak masak lauk berbagaikan..
"Mee Goreng Mama hehehe.. bukan mamak sebab mama
yang masak" kata Nabil
Bila buat mee goreng ni walaupun nabil tak minat sangat mee kuning tapi bila masak mee goreng mamak bertambah dia makan... best katanya.. sebabnya dah lama saya tak masak mee goreng ni.. Kakak Nabilah apa lagi penggemar mee kuning ni... bertambah-tambahlah dia makan .. yummy katanya.. nanti buat lagi.. cuba tanya kak Jeeha pula... "Hemmm boleh lah".. hahhaha orang yang tak minat mee kuning.. lepas tu dia boleh makan roti pula dengan jem nuttela... "Hah lagi best", kata Jeeha :D Macam-macam ragam anak kan..

Mari kita tengok resepinya yang saya ambil dari Chef Hanilieza...


Resepi Mee Goreng Mamak 
( Sumber: Chef Hanilieza )





Bahan-bahannya :-
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis  ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )
  • 100 gm fish cake – saya ganti dgn 3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)
  • 4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato/cili – saya tambah
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur – saya letak 2 biji telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]
  • 1 kiub ayam/daging – saya tambah
Cara penyediaan:-
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.
Jom kita cuba masak pulak :D


5 ulasan:

  1. anak2 saya pun kurang mee kuning, tapi kalau soba/udon mmg laju je mkn. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejenis mee jepun kak. kalau udon tu mcm laksa rupa dia, soba lak warna kelabu. nnti akk google image. ;D

      Padam
    2. Akak dah google imagenya As .. udon tu warna putih nampak macam laksa jer.. dan soba tu akak tengok macam spaggeti tapi warna kelabu... mesti sedapkan sebab budak-budak suka :)

      Padam
  2. Sya suka makan mee tapi tak tau masak. Hehehee...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)