Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 3 Ogos 2012

RESIPI KOCI LABU

Pagi hari ahad itu  pergi pasar tani, sekali tu en suami ternampaklah labu, apalagi sibuk lah en suami minta untuk buat koci labu bersantan. Kegemaran en suami ni, berulang-ulang makan lepas tarawikh pun masih mencari koci labu ni, saya buat banyak boleh hulur pada jiran sebelah rumah.. dah banyak menu bertukar dengan jiran sebelah rumah ni :)



Ini gambar yang kak Nabilah sempat ambil semasa saya menyediakan kuih koci labu. Rajin betul kak Nabilah kalau bab ambil gambar ni..

Adunan tepung koci labu.. saya dah siap rebus macam
buat kuih onde-onde tu

Adunan santan yang dah dimasak
Letak dalam daun pisang
Lipat kemas
Dah siap lipat
Kukus selama 10 minit
RESEPI KOCI LABU BERSANTAN










Bahan untuk adunan kuih koci

300gram tepung pulut
200gram labu puree ( rebus labu, lenyek baru ditimbang)
sedikit garam
sedikit air ( air kena pandai agak-agak, letak sikit-sikit)

Caranya :

1. Didalam bekas adunan, campur tepung pulut, air, isi labu, , dan garam, gaul sebati dan tekstur adunan ini seakan-akan adunan ondeh-ondeh. 
 
 Bahan untuk inti
1/2 biji kelapa inti (kelapa yang kulitnye tidak terlalu coklat,tak muda sangat, tak tua sangat)
70gram gula merah
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air
Caranya:-
1. Di dalam kuali, masukkan kelapa, gula merah, gula, sedikit air dan daun pandan, kacau sehingga semuanya sebati, biarkan gula merah betul-betul menyaluti kelapa parut, kacau selalu dan biarkan inti agak kering. angkat dan sejukkan.
 
Bahan untuk santan
250ml santan pekat
3 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
sedikit garam

Caranya :

1) Masakan santan, air dan tepung jagung sehigga mendidih, letak sedikit garam, lepas tu sejukan.

  Cara melipat. ( beberapa pelepah daun pisang yang telah dilayur)
1. Ambil daun pisang yang telah di potong beberapa bahagian, daun pisang,  letakkan adunan tepung pulut dan sudukan inti kelapa, buat seperti kuih ondeh-ondeh tu, lepas tu letak santan dantutup kemas. Lipat daun pisang sehingga menjadi bentuk kuih koci, kukus selama 10 ke 15 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan,

 Selamat Mencuba.

15 ulasan:

  1. sedapnya tngk kocilabu ni, kegemaran akak ni..adoyaii wat terliur jek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak... jom lah buat.. nak hantar jauh lah pulak...

      Padam
  2. resepi labu mmg termasuk dlm list feveret saya tapi tak pernah makan lagi koci labu ni. First time dengar kot. Nak try tapi mengenangkan nak bungkus2 daun pisang ni mcm tak berapa rajin lah pulak hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin2 lah membungkus LL... sedap koci labu ni...

      Padam
  3. Feberet sy ni.. Tp belum ada kerajinan nak buat sendiri sbb anak2 x suka. Smlm ada seseorang buat entry tentang labu juga. Tp x ingat blog siapa.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anak2 tak suka ni leceh sikit nak masakkan Zefa.. akak sebab feberet en suami tu yang buatkan juga :)

      Padam
  4. Smlm sy dh try bt tp lekatlh kuihnya kt daun pisang....napa yer?kena letak minyak ke kt daun pisang tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Red Apple layur tak daun pisang tu pada api, jika tak memang kena letak minyak masak sikit supaya tak melekat...

      Padam
  5. Salam,kalau tak pakai daun pisang.blh ke?selain daun ape lg bhn yg blh ganti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf dear akak tak tahu daun apa pulak yg boleh guna ;)

      Padam
  6. Sedapnya kak...Kalau rajin sy nak try buatlah..

    BalasPadam
  7. Lps masukan inti.. Bebola koci tu direbus mcm kuih ondeh2? Then kukus lagi lepas ltk santan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kukus dlm 10 minit aje Ariz Fariz selepas letak santan.. agar santan merisa dlm koci labu tu...

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)