JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 16 Ogos 2012

Biskut Dahlia @ Mekar Setaman ^___^

Malam semalam buat projek kuih raya ke2 dengan kak Nabilah. Dengan penuh semangat dua beranak membuat adunan biskut dahlia mengikut resipi di blog Ladylavender disini, saya yang tergoda sebenarnya melihat kecantikan biskut dahlia LL, itu yang semangat sangat.  Selepas siap adunan , saya pun cari acuan kuih dahlia ni yang saya simpan dalam satu bekas tupperware... cari punya cari .. tak jumpa.. rasanya ada dimana ye... atau yang saya pandang tempoh hari adalah dirumah sebab hari ahad itu ada juga nak projek kuih raya sama adik tapi tak jadi.. Macam mana adunan dah siap hendak tak hendak kena teruskan...

Maka jadi lah ia seperti bunga ini... akak Nabilah nak juga bentuk yang boleh letak manik tu

Mekar setaman hahaha nama baru
Ini lah penyelamat saya pada malam itu......



Kami jaya kan juga berdua beranak... saya tukang terap dan kak nabilah tukang letakan maniknya

Saya sedang terap
Gambar tiada sebab Nabilah yang
ambilkan
                         

Mekar setaman saya... ehe :D

Kawan-kawan mesti dah banyak buat biskut raya kan :))

6 ulasan:

  1. Salam kenal dan follow sini.
    Cantiknya biskut dahlia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Norzie,
      Terima kasih follow akak , biskut dahlia dah jadi mekar setaman ehe :D

      Padam
  2. Besarnya acuan dia... saya baru semalam buat biskut dahlia tapi guna acuan bunga cina... masa terap cantik bila bakar kembang semangkuk, nasib baik rasa nya sedap... ekekek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam MP,
      Besarlah jadinya sebab guna biscuits maker tu... kembang semanggku.. semangkuk lah MP janji sedapkan hahaha :D

      Padam
  3. cantik lah biskut dahlia akak..senang ada acuan macam tu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah penyelamat akak LL... kalau tidak mana nak cari malam-malam tu.. habis membakar tu pun dah pukul 12 mlm... kak Nabilah pun dah tersengguk-sengguk :P

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)