Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 24 Disember 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Saya suka makan sambal tumis petai ni... ulam pun saya suka... nasib baik en suami saya juga suka petai... jadi bolehlah masak sambal petai ni dan makan berjemaah..hehehe.. tapi ada orang tak suka petai sebab bau mulut dan bau di bilik air yang tak boleh tahan hahha.. sebenarnya ada hilangkan baunya.. untuk menghilangkan bau penafasan, lepas makan petai kunyah beras lepas tu buang apabila dah lumat di mulut.. dan untuk menghilangkan bau di bilik air.. minum air berasaskan kopi seperti kopi radix ke...apa-apa kopi 3 in 1... In sha Allah.. itu yang saya amalkan lah :D



KHASIAT PETAI

Biji, Daun dan Akar petai semuanya boleh dijadikan ubat..
Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.


Tapi..tahukan korang antara khasiat petai yan dibuktikan melalui pelbagai kajian adalah seperti :


Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok 
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.

Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN PETAI












BAHAN-BAHANNYA :

1 mangkukkecil ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
1 cawan cili kisar
5 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
Garam  secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA-CARANYA :-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum.
  2. Kemudian masuk cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukan jus asam jawa, garam secukup rasa, kacau dan masak hingga pekat.
  4. Masukan petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  5. Hidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman. Sedap juga dimakan bersama lempeng  dan ubi rebus


Info khasiat petai dari google...

p/s terima kasih yang wish anniversary saya pada hari Jumaat lalu... ceritanya nanti ye... jumaat tu saya cuti.. entri tu pun publish auto :D

9 ulasan:

  1. salam KAK YATI...
    sedapnya sambal tu....yan tak buat2 lagi...petai dah kecut kat dalam peti ais...kalau seorang je yang makan bercinta2 nak membuatnya...he heee...

    p/S kak singgah blog yan permata hati mama boleh kongsi2 info menarik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bercinta nak masak kalau kita sorang jer nak makan kan Yan..

      Ok nanti akak singgah blog ye :D

      Padam
  2. Sedap tapi hubby akak tak makan petai,makanya jarang la masak sambal petai mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau en suami tak makan pun malas nak masak... bila makan diluar ada yg sendiri nak makan ambik saja :D

      Padam
  3. Kak Yatie..sy tak pandai sgt makan petai..klu hubby suka lah dia..peberet dia tu..hehe..
    mcm sedap je nampak resepi kt atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah buat untuk en hubby Atie resipi diatas tu... sedap bangat :D

      Padam
  4. samala kak.. sy pun suke cuma sbb husband x suka so tak brp nak masak la lauk camni.. heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah sikit nak masak kalau kawan regu tak mkn samakan zits ;-)

      Padam
  5. ha ha thanks... 4 resepi... sya memang minat masak... tapi suka mencuba dari lain-lain blog... cari yang paling sesuai dengan citarasa... nak try untuk berbuka malam nie

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)