JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 28 Mac 2013

Dimanakah tahap perkahwinan kita :)





 KELUARGA DAN PERKAHWINAN
Konsep ini menerangkan cabaran dalam perkahwinan dan bagaimana seseorang meningkatkan perhubungan dalam kehidupan. Ini termasuklah hak kanak-kanak dan undang-undang berkaitan yang sah. Tanggungjawab keibubapaan dan cabaran turut diberi penekanan. Kandungan konsep ini merangkumi maksud keluarga, cabaran dalam pembentukan keluarga, perkahwinan dan kehidupan, komitmen, aspek-aspek yang sah dan proses dalam perkahwinan serta kualiti dalam keibubapaan.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran konsep ini, peserta dapat :
ü Memahami maksud keluarga, cabaran dan perkembangan keluarga yang positif
ü Memahami peranan mencabar dan saling bergantungan antara ahli dalam keluarga
ü Memahami erti dan komitmen dalam perkahwinan
ü Mengenal pasti cabaran dan perubahan ekspetasi dalam perkahwinan
ü Memahami norma-norma keagamaan dan kebudayaan dalam perkahwinan
ü Memahami konsep bahawa semua kanak-kanak mempunyai sifat ingin dimiliki tanpa sebarang syarat
ü Mengenal pasti dan menghadapi cabaran dalam keibubapaan dan mempelajari cara menjadi ibu bapa yang lebih baik.

1. Keluarga

Tahap I (4 – 6 tahun)

v Sebuah keluarga terdiri daripada dua orang atau lebih yang saling mengambil berat antara satu sama lain dalam pelbagai cara
v Ahli keluarga saling mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain
v Apabila seorang bayi dilahirkan atau dijadikan anak angkat dalam sesebuah keluarga, beberapa perkara dalam kehidupan ahli keluarga itu akan berubah
v Anak mesti menghormati ibu bapa
v Adalah perkara biasa apabila ada pasangan yang tidak mempunyai zuriat (disebabkan masalah kesihatan atau pilihan sendiri)

Tahap II (7 – 9 tahun)

v Terdapat pelbagai jenis keluarga; ada anak yang tinggal bersama penjaga tunggal, ibu bapa kandung, ibu bapa tiri, keluarga angkat, datuk dan nenek, kawan dan lain-lain kombinasi kanak-kanak dan orang dewasa
v Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan keperluan spesifik
v Ekspetasi individu dalam keluarga boleh berubah dari semasa ke semasa
v Keluarga mempunyai peraturan yang membantu individu hidup berkeluarga dan membentuk anak-anak
v Semua ahli dalam sesebuah keluarga tidak semestinya tinggal bersama
v Keluarga mendidik anak-anak mengenai nilai kemanusiaan serta amalan yang diterima dalam kehidupan
v Ahli keluarga mempunyai hak dan tanggungjawab; hak ini harus dihormati dan dipelihara
v Kadangkala ahli dalam sesebuah keluarga tidak bersetuju tentang sesuatu perkara namun mereka tetap saling menyayangi antara satu sama lain
v Keluarga akan berubah apabila berlaku kelahiran, pengambilan anak angkat, perceraian, perpisahan, pertukaran pekerjaan, perpindahan, ketidakupayaan, sakit atau berlaku kematian
v Perubahan dalam keluarga mungkin menyebabkan ahlinya gembira atau sedih; ini adalah lumrah kehidupan


 2.Perkahwinan dan Komitmen Sepanjang Hayat

Tahap I (4 – 6 tahun)

Ø Majoriti lelaki dan wanita akan berkahwin
Ø Dua individu yang membuat keputusan untuk berkahwin dan melafazkan komitmen sepanjang hayat antara satu sama lain kerana mereka saling menyintai serta ingin berkongsi hidup bersama.
Ø Individu yang berkahwin ingin perkahwinan itu berkekalan
Ø Wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø Individu yang sudah berkahwin boleh bercerai (bergantung kepada keadaan) apabila mereka membuat keputusan tidak mahu hidup bersama lagi
Ø Kanak-kanak perlu dididik untuk menghadapi situasi perceraian/perpisahan
Ø Apabila ibu bapa bercerai, anak-anak akan tinggal sama ada dengan ibu atau bapa, atau bersama ahli keluarga yang lain (mengikut keputusan mahkamah)
Ø Kanak-kanak bukan punca perceraian ibu bapa
Ø Perceraian/perpisahan adalah sukar bagi keluarga

Tahap II (7 – 9 tahun)

Ø Selalunya individu memilih pasangan sendiri untuk berkahwin
Ø Dalam sesetengah budaya, ibu bapa menentukan pasangan bagi anak-anak mereka
Ø Wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø Kanak-kanak bukan punca perceraian ibu bapa
Ø Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali
Ø Kanak-kanak yang mengalami perpisahan atau perceraian ibu bapa perlu mendapat sokongan dan kaunseling yang berterusan

Tahap III (10 – 12 tahun)

Ø Wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø Kanak-kanak bukan punca perceraian ibu bapa
Ø Terdapat pelbagai nilai berkaitan perkahwinan, perceraian, hidup bersama dan keibubapaan dalam budaya yang  berbeza
Ø Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali

Tahap IV (13 – 18 tahun)

Ø Perkahwinan adalah ikatan hubungan yang sah antara dua individu
Ø Perkahwinan mestilah didaftarkan dan disertai dengan  majlis keagamaan
Ø Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat bagi kedua-dua individu berlainan jantina hidup bersama, saling menyintai dan membantu serta memberi sokongan antara satu sama lain
Ø Perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat memerlukan ciri-ciri yang merangkumi persahabatan, saling menghargai, tidak mudah berputus asa, minat dan matlamat yang sama serta saling memberi sokongan
Ø Pasangan yang komited memainkan peranan dan berkongsi tanggungjawab dalam kehidupan
Ø Dalam sesetengah agama, perkahwinan disifatkan sebagai komitmen sepanjang hayat tanpa berlaku perceraian
Ø Perceraian adalah mengakhiri perkahwinan secara sah
Ø Dalam perceraian, keputusan berkaitan keluarga termasuk hak penjagaan anak-anak dan kedudukan kewangan akan diputuskan secara sah dari segi undang-undang
Ø Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali

Tahap V (19 tahun ke atas)

Ø Perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat memerlukan ciri-ciri yang merangkumi persahabatan, saling menghargai, tidak mudah berputus asa, minat dan matlamat yang sama serta saling memberi sokongan
Ø Peranan pasangan berubah apabila memasuki alam keibubapaan
Ø Apabila pasangan menghadapi masalah dalam perhubungan, mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling
Ø Apabila dua individu bersetuju untuk berkahwin, mereka harus bersikap realistik, jujur antara satu sama lain dan menerima pasangan mereka seadanya
Ø Keperluan dan ekspetasi individu akan berubah hasil daripada perkembangan keluarga
Ø Keperluan dan kepentingan kursus praperkahwinan dan pemeriksaan perubatan
Ø Pandangan agama tentang perkahwinan dan perceraian
Ø Pilihan gaya hidup : bujang, berkahwin dengan mempunyai anak atau tiada anak, homoseksual, heteroseksual, biseksual atau membujang
Ø Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan dalam perkahwinan dan kekeluargaan
Ø Apabila bercerai, terdapat beberapa pilihan dalam hak penjagaan anak

3. Keibubapaan

Tahap I (4 – 6 tahun)

§  Kebanyakan individu ingin menjadi ibu bapa
§  Membesarkan anak adalah peranan orang dewasa
§  Keluarga yang mempunyai anak atau anak angkat harus mengamalkan penerimaan tanpa sebarang syarat

Tahap II (7 – 9 tahun)

§  Membesarkan anak adalah pengalaman yang sangat indah tetapi memerlukan usaha yang gigih
§  Keluarga yang mempunyai anak atau anak angkat harus mengamalkan penerimaan tanpa sebarang syarat
§  Kadangkala anak-anak dibesarkan oleh ahli keluarga lain dan bukan ibu bapa sendiri
§  Kanak-kanak memerlukan tempat perlindungan, makanan, pakaian, kasih sayang,sokongan, masa, pendidikan dan orang dewasa untuk membantu tumbesaran serta perkembangan mereka
§  Ibu bapa mesti bertanggungjawab
§  Ada pasangan yang tidak dikurniakan zuriat

Tahap III (10 – 12 tahun)

§  Manusia memerlukan pengetahuan atau maklumat dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang efektif
§  Manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang menjadikan ibu bapa efektif dan oleh itu, kursus keibubapaan mesti disediakan mengikut pelbagai peringkat usia perkembangan kanak-kanak
§  Ibu bapa yang tidak bersedia menghadapi cabaran dalam membesarkan anak, tidak akan berjaya menjadi ibu bapa yang berjaya
§  Membesarkan anak adalah pengalaman yang menyeronokkan


Tahap IV (13 – 18 tahun)

§  Karier dan tanggungjawab sebagai ibu bapa adalah mencabar sekiranya keduadua ibu bapa bekerja
§  Manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang menjadikan ibubapa efektif dan oleh itu, kursus keibubapaan mesti disediakan mengikut pelbagai peringkat usia perkembangan kanak-kanak
§  Cara membesarkan anak-anak adalah berbeza mengikut budaya; walau bagaimanapun, ibu bapa mesti menyediakan corak perkembangan anak-anakyang sihat dan berkualiti
§  Ahli keluarga dan sokongan dalam komuniti boleh membantu ibu bapa untuk mengurus cabaran
§  Menjadi ibu bapa pada usia muda boleh menjadi sangat sukar tanpa sokongan yang efektif
§  Bagi ibu bapa yang muda, tanggungjawab keibubapaan boleh mengganggu persekolahan, rancangan pekerjaan, sosial dan kehidupan berkeluarga
§  Peringkat remaja adalah bermakna dengan adanya sokongan keluarga dan khidmat komuniti
§  Semasa kanak-kanak membesar, tahap pergantungan dalam hubungan keluarga dengan anak akan berubah

Tahap V (19 tahun ke atas)

§  Keputusan untuk tidak menjadi ibu bapa akan menjadi sukar disebabkan tekanan dan norma masyarakat serta budaya
§  Membesarkan kanak-kanak istimewa yang berkeperluan akan mendatangkan kepuasan dan mencabar dengan adanya sokongan efektif dalam komuniti
§  Membesarkan anak dalam keluarga ibu bapa tunggal akan mendatangkan kepuasan dan mencabar dengan adanya sokongan efektif dalam komuniti
§  Ibu bapa perlu mengambil bahagian dalam pengajaran pendidikan seksualiti.

p/s Bila saya membaca artikel ini ... ianya memberi info yg amat berguna dalam kita melayari hidup berkeluarga... justeru itu saya kongsikan bersama di blog ini... semoga memberi manfaat buat kita.
~ Dimanakah tahap perkahwinan anda ? ^___^

sumber :www.kpwkm.gov.my



9 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)