JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 4 Mac 2013

Goreng Berlada Terung Rimbang Ikan Bilis

Assalamualaikum kawan2 semua... aduh semakin berkurangan saya menulis di blog kecil ni... kerja semakin banyak dah tu tak putus-putus kena pergi krusus... 7,8 dan 9 Mac ni saya akan berkursus di Port Dickson.. Rindu nak berceloteh dan BW ke blog kawan2. 

Hari nak coleteh pasal masak terung rimbang ni (ada separuh orang panggil terung pipit)... saya kalau balik rumah mak di Kuang suka sangat jalan-jalan keliling rumah dan belakang rumah... cari sayuran kampung yg mengamit kenangan saya sewaktu kecik itulah lauk kegemaran kami....

Jalan-jalan.. jumpalah saya pokok terung rimbang yang tengah berbuah dengan jayanya dan memanggil saya saya untuk memasaknya untuk makan tengahari  ni... Laju jer tangan saya memetik buah terung rimbang ni... teringat masa kecik-kecik mak suruh petik terung rimbang ni untuk dibuat lauk... ialah sayuran percumakan :D


Ini lah pokok terung rimbang tu...


Close up sikit buahnya
Siap sudah untuk dimakan

Close up sikit bagi nampak ehe :D
Tak sangka saya, kakak Nabilah dan Kakak Najeeha suka juga makan terung rimbang ni... sebab itulah kali pertama mereka makan, tengah makan sibuk bertanya ini buah apa... sedapnya kakak suka :D

Jom kita tengok resepi yang sangat mudah ini.

RESEPI GORENG BERLADA TERUNG RIMBANG IKAN BILIS



Bahan-bahannya :-

Satu Mangkuk terung rimbang (dibelah dua)
3 biji cili merah*
5 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
Semangkuk kecil ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-caranya :
1) Panaskan minyak dan goreng terung rimbang hingga masak(agak-agak ye jangan lembik sangat)> Lepas masak tu angkat.
2) Goreng pula ikan bilis hingga garing. Lepas masak angkat
3) Kemudian tumiskan pula bahan kisar hingga naik bau wangi dan letak garam secukup rasa.
4) Apabila sambal yang tumis dah masak, tutup api, kemudian masukan terung dan ikan bilis yang siap digoreng.
5) Gaulkan sambal hingga mesra
6) Siap untuk dihidang.

Makan pula bersama nasi putih yang masih berasap tu.. peghhh terasa keenakannya :D


12 ulasan:

  1. terung ni susah nk dpt.1st time sy mkn ingtkn kcg peas..sekali gigit rupanya terung.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang orang selalu terkena Pen Biru.. sama rupa kacang peas kan :)

      Padam
  2. salam kak yati....

    lama tak makan terung pipit nie.....sambal dengan ikan bilis memang sedap sangat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang akak suka goreng dengan ikan bilis Yan... sedap kat tekak akak ni :D

      Padam
  3. owhhh rebus mkn dgn sambal pon sedappp terangkat dah...

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan...sedap eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap hainom... kalau jumpa di pasar tani cubalah masak :D

      Padam
  5. sedap makan ngan sambal ikan bilis..kt kg ada pokok ni...tapi ada orang kata pokok ni x elok tanam sbb ular suka pokok tu (x tau la ular tu suka makan buah tu ke..x pasti)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh takut pulak akak Baca n0e, kalau ular suka pokok tu... mak akak tanam sebelah rumah jer n0e :(

      Padam
    2. mak noe pun ada tanam sebelah rumah..setakat ni dah 2 kali ular masuk umah...sebelum ni x tau...tp ada org cakap mcm tu...x tau la mak dh tebang ke belum pokok tu...

      Padam
  6. wah macam sedap ni...kena try jugak ni...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)